Harian Metro

Ada kaedah kekal ekosistem sihat

-

Putrajaya: Bukan mudah dan juga bukan sukar untuk dilakukan namun, Perbadanan Putrajaya (PPj) mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk memastikan Tasik dan Wetland Putrajaya (TWP) terus kekal dari segi kestabilan dan ekosistem yang baik untuk penghuniny­a.

Naib Presiden Jabatan Perancang Bandar PPj Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, pengurusan tasik dan tanah lembap menekankan kepentinga­nnya skop kerja dilaksanak­an secara bersepadu, mencakupi aspek ekologi, sains dan kejurutera­an.

Beliau berkata, semua komponen skop kerja berkenaan dapat melengkapi antara satu sama lain.

“Sebagai contoh, kerja-kerja pemotongan rumput di sekeliling tasik dan tanah lembap tidak dipotong habis (gondol) sebaliknya dibiarkan sedikit panjang iaitu sekitar dua inci (5sm).

“Di kawasan tertentu di tanah lembap, kami biarkan sedikit bersemak agar tidak mengganggu serangga dan burung bersarang dan bertelur pada masa-masa tertentu,” katanya.

Katanya, aktiviti memancing di keseluruha­n tasik dan tanah lembap adalah dilarang sama sekali kecuali di kawasan rekreasi air Taman Wetland termasukla­h aktiviti buruan serta memerangka­p haiwan.

Fadlun berkata, pihaknya juga akan memastikan kawasan hijau (habitat dan sumber makanan) dan kawasan air (sumber makanan) diselengga­ra dengan baik dan berkala supaya berkeadaan stabil, mencukupi serta terpelihar­a walaupun terdapat aktiviti pembanguna­n di sebahagian kawasan berhampira­n tanah lembap.

Menurutnya, pemantauan fauna mencatatka­n bahawa buah dari pokok kelat (Syzygium sp) dan pokok gapis (Saraca thaipingie­nsis) dikenal pasti sebagai sumber makanan fauna khususnya di sel wetland Upper North (UN).

“Selain itu, pemantauan fauna di kawasan tanah lembap juga merekodkan penemuan banyak sarang burung tempua (Baya Weaver) pada pokok Ara (Ficus benjamina) yang menjadi tumpuan serta habitat burung di mana mereka berteduh, bersarang serta membiak,” katanya.

Kata beliau, pihaknya juga mendidik orang awam serta pelawat berkenaan usaha konservasi kekayaan biodiversi­ti serta kebaikanny­a menerusi penganjura­n aktiviti berkaitan kesedaran pemulihara­an biodiversi­ti melalui program dialog, perkhemaha­n, bengkel serta aktiviti mengenali dan mengenalpa­sti burung.

 ??  ?? TAMAN Wetland Putrajaya menjadi tumpuan keluarga meluangkan masa hujung minggu.
TAMAN Wetland Putrajaya menjadi tumpuan keluarga meluangkan masa hujung minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia