Harian Metro

UJIAN SIFATNYA SEMENTARA

- Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

Orang beriman tidak akan berkata, “Tak ada gunanya berusaha. Tak boleh buat apa-apa lagi.” Sebaliknya, dia perlu yakin, “Sekarang, aku tak tahu apa jalan keluarnya. Aku pasti akan menjumpai jalan keluar itu dengan pertolonga­n Allah.”

Ujian, sifatnya sementara kerana hidup pasti akan jadi lebih baik.

Sikap orang beriman bukan saja bersyukur ketika mendapat kesenangan, bahkan tetap menghargai dan mensyukuri kebaikan

Allah SWT ketika ditimpa kesulitan.

Tidak kiralah seburuk manapun keadaan itu, hidup kita selepas melaluinya akan menjadi lebih baik. Andai kata memang kita tidak mampu mencungkil satu kebaikan dalam kesusahan yang sedang dihadapi, kenanglah kebahagiaa­n yang pernah kita alami pada masa lalu.

Mengenang memori indah mampu membuatkan kita tersenyum bahagia. Yakinlah, jika kita pernah bahagia pada masa lalu, kenapa kita tidak layak mengecap bahagia pada masa depan?

Itu adalah sebab untuk kita tetap bersyukur dan berbahagia. Fitrahnya, kita akan berbahagia saat berjaya.

Asalkan jangan sampai kita menjadi sombong, merasakan semua kejayaan adalah hasil usaha kita sendiri.

Kita ceritakan kepada semua orang hebatnya usaha kita, namun kita lupa mengingati Allah SWT yang menolong usaha kita itu.

Kita lupa menghargai insan sekeliling yang turut menyumbang. Jika kita yakin semua itu diraih seorang diri, maka ketika susah, kita akan berasa sendirian.

Hati kita mudah rapuh. Kenapa? Kerana hati tidak mempunyai tempat bersandar yang teguh. Kesombonga­n akan menjarakka­n hati kita dengan Allah SWT dan orang yang baik.

Hanya mereka yang ingin mengambil kesempatan dan keuntungan peribadi akan tetap berkawan.

Setiap saat dia mencari peluang untuk menyerang dan menjatuhka­n. Rasakanlah setiap kejayaan yang diraih berkat pertolonga­n Allah SWT dan orang di sekeliling kita.

Sikap itu membantu kita menjadi insan yang lebih kuat dan sentiasa merasakan pertolonga­n itu dekat. Pertolonga­n itu pula datangnya daripada sumber yang Maha Kuat, yang jauh lebih kuat daripada diri kita.

Lantas, tersingkir rasa takut untuk melihat masa depan. Justeru, sikap terbaik dalam menghadapi kesenangan atau kesusahan ialah merendahka­n hati di hadapan Allah SWT.

Kita adalah makhlukNya yang lemah. Reda saja apa yang ingin dibuat oleh-Nya kepada kita.

Diri kita, Dia yang punya dan kita perlu sentiasa positif.

Tugas kita ialah mengelakka­n apa yang buruk di hadapan dan berusaha mencapai yang baik seperti diimpikan.

Apa saja yang kita sedang lalui, ia sebahagian kehidupan dan rencana Allah untuk membuatkan dunia menjadi lebih baik.

Bagaimana memastikan keimanan boleh melindungi kita daripada menjadi orang yang ego dan bersifat negatif?

Ramai orang salah memilih jalan ketika diuji. Mereka memilih tindakan buruk dan mencari hujah untuk membenarka­n tindakan buruk itu.

Contohnya, “Aku rotan anak aku sebab aku sedang berada dalam keadaan stres.”

“Aku mencuri sebab susah nak cari kerja sekarang.” “Aku melepak sebab di sekolah tiada apa nak buat.”

Adakah alasan itu membantu menjadikan kita terlepas daripada stres? Ingatlah, setiap kesalahan baru yang dicipta, pasti mewujudkan akibat yang perlu ditanggung.

Orang beriman akan terus berusaha mengendali­kan emosinya. Jika emosi tidak stabil, dia akan mencari bantuan pakar untuk mengawalny­a kembali.

Orang yang terus mencipta alasan untuk keburukan tingkah lakunya tidak akan pernah maju.

Ramai orang bertahunta­hun ‘mabuk’ dalam penderitaa­n sebabnya dia tidak pernah yakin adanya kebaikan.

Kadangkala kita bertindak bertentang­an dengan penilaian kita.

Oleh itu, berusaha melakukan amal soleh, bergembira­lah dengan janji ini: “Untuk merekalah ampunan atas dosa-dosa menanti, juga balasan yang besar.” (Surah Hud, ayat 11)

Terus tenang mengawal emosi meskipun belum melihat hasil yang kita idamkan. Keburukan yang disebabkan kesalahan kita pada masa lepas akan terbayar.

Sikap orang yang sering melupakan Allah, berbeza. Dia hanya berdoa bersungguh-sungguh dan tekun solat, mengaji, berzikir dan mendekati masjid ketika ditimpa musibah.

Tatkala masalah berat itu pergi, dia melupakan Allah. Sikap itu banyak Allah dedahkan dalam al-Quran, antaranya menerusi Surah al-Fussilat, ayat 51 yang bermaksud: “Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri. Tetapi apabila dia ditimpa malapetaka, dia banyak berdoa.”

Cuba muhasabah sikap kita saat anggota keluarga kita ditimpa sakit berat, perangai anak

 Jadilah hamba soleh dalam keadaan susah atau senang

memeningka­n kepala, pesawat terbang terhuyung-hayang, dilanda banjir besar, menghadapi kemalangan jalan raya dan sebagainya, bagaimana sikap kita?

Adakah saat itu kita berusaha mendekatka­n diri kepada Allah SWT? Apabila semua itu berlalu, bagaimana pula sikap kita?

Masihkah kita konsisten merasakan Allah selalu ada dan berusaha untuk mendekati- Nya?

Lebih malang andai kita turut melupakan Allah saat dilanda kesusahan, apatah lagi saat senang, makin jauh Allah kita tinggalkan.

Syukur, kita masih diberi peluang bermuhasab­ah. Dengan betul ‘cara berfikir’ selepas muhasabah, barulah betul ‘cara bertindak’.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia