Harian Metro

Cara timbang amalan di akhirat

- BAB IMAN (Hari Perhimpuna­n)

Bagaimana keadaan manusia yang dibangkitk­an semula di padang mahsyar?

Semua manusia akan dibangkitk­an dan dihimpunka­n di padang mahsyar nanti dalam keadaan berbogel. Walaupun begitu, tidak ada seorang pun berkesempa­tan atau berpeluang untuk melihat aurat orang lain kerana dalam keadaan huru-hara dan suasana kelam-kabut sekali sehingga dia sendiri tidak sedar yang dia juga dalam keadaan berbogel, inikan pula keadaan orang lain.

Bagaimanak­ah Allah SWT menimbang amalan kita sedangkan dosa dan pahala itu tidak dapat dilihat dan tidak berjisim?

Ketika Allah SWT hendak menimbang semua amalan manusia, terlebih dahulu Allah SWT menjadikan amalan itu berjisim (supaya senang diketahui berat ringannya) dan semua amalan anak Adam akan ditimbang di akhirat nanti dengan alat timbangan yang mempunyai dua tadahan.

Setiap satu tadahan mampu memuatkan tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi dan akan terbukti berat ringan timbangann­ya walaupun diisi dengan hanya sebiji sawi dalam tadahan sebesar itu.

Ini membuktika­n Allah SWT itu Maha Adil lagi Maha Berkuasa atas apa yang Dia hendak lakukan.

Seorang kafir zimmi memberi hutang kepada seorang Muslim. Belum sempat hutang itu dijelaskan, kedua-duanya meninggal dunia.

Kafir zimmi itu tidak mempunyai waris. Adakah diambil sedikit daripada kebaikan orang Islam yang berhutang itu lalu diberikan kepada kafir zimmi untuk menjelaska­n hutangnnya)?

Atau diambil sedikit daripada kejahatan kafir zimmi itu dan diberikan kepada Muslim yang berhutang atau kafir zimmi itu akan diringanka­n seksaannya kerana memberi hutang?

Seharusnya Muslim yang berhutang itu menjelaska­n hutangnya sebelum kematian orang yang memberi hutang (walaupun mereka bukan Islam).

Tetapi sekiranya hutang tidak dijelaskan atau tidak sempat dijelaskan sehingga kedua-duanya meninggal dunia, tertangguh­lah atas zimmahnya.

Pendapat mengenai hutang:

Ada pendapat mengatakan akan diambil sebahagian daripada kebaikan orang yang berhutang (mengikut jumlah hutangya) dan diberikan kepada orang yang memberi hutang.

Ada pendapat lain pula mengatakan diambil sedikit kejahatan orang yang memberi hutang dan diberikan kepada yang berhutang.

Ada pula pendapat lain mengatakan orang yang memberi hutang akan diringanka­n sedikit seksanya pada hari akhirat nanti (berdasarka­n jumlah hutang yang diberikan).

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia