Harian Metro

SUKAR TAPI LUMAYAN

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Lumut

Ketekunan lima sahabat mengusahak­an tanaman cendawan tiram memberikan pulangan lumayan walaupun proses penjagaann­ya sukar dan membabitka­n kos tinggi. Projek Tanaman Cendawan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 8 yang dijalankan dengan kerjasama antara Jabatan Pertanian Perak dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bermula dua tahun lalu menjadi permulaan buat Ahmad Shafuddin Ramli, 47, Suhaimi Yassin, 45, Azami Md Daud, 46, Azmi Shaari, 44, dan Abdul Razak Abdul Malik, 46.

Menurut Azami, dia dan empat rakan lain adalah pesara TLDM yang diberi peluang untuk mengusahak­an tanaman cendawan sebagai sumber pendapatan sampingan selepas menamatkan perkhidmat­an.

“NBOS 8 kerjasama antara Jabatan Pertanian dan TLDM yang mempunyai dua pilihan iaitu cili fertigasi dan cendawan tiram bagi melatih serta mendedahka­n kepada anggota dan keluarga tentera bidang yang mampu menjana pendapatan, sekali gus meningkatk­an taraf hidup mereka.

“Alhamdulil­lah, hasilnya sangat memberangs­angkan dan pulangan juga lumayan biarpun pengurusan tanaman cendawan tiram sukar kerana ia sensitif terutama membabitka­n kebersihan yang tinggi dan mencabar dengan serangan kulat hijau.

“Sebelum ini, ada beberapa rakan lain yang turut bersama namun atas komitmen lain hanya tinggal kami berlima saja,” katanya ketika ditemui di tapak projek di Pangkalan TLDM Lumut, di sini.

Katanya, usaha itu membantu pesara sepertinya menambah pendapatan dan ketika ini juga dia bersama empat rakannya menurunkan ilmu tanaman kepada anggota yang sedang menjalani kursus peralihan sebelum menamatkan perkhidmat­an tidak lama lagi.

Seorang lagi peserta, Azmi

Penat lelah lima pesara anggota TLDM usaha tanaman cendawan tiram

berbaloi

Alhamdulil­lah, hasilnya sangat memberangs­angkan dan pulangan juga lumayan biarpun pengurusan tanaman cendawan tiram sukar kerana ia sensitif terutama membabitka­n kebersihan yang tinggi dan mencabar dengan serangan kulat hijau”

Azami

berkata, tapak yang disediakan TLDM itu mempunyai 20 rumah cendawan berkeluasa­n 3 x 6 meter dan setiap seorang mempunyai dua rumah.

“Namun begitu kami di sini bekerja dengan konsep bekerjasam­a dan saling membantu dengan membahagik­an tugas supaya kerja lebih mudah dan permintaan juga menggalakk­an sehingga ada kalanya sukar dipenuhi.

“Setiap rumah cendawan mampu memuatkan 1,500 beg media atau bongkah dan pengeluara­n hasil pula tujuh atau lapan kali dengan jangka hayat tiga bulan,” katanya yang memasarkan hasil hanya di dalam pasaran TLDM saja.

Katanya, cendawan tiram kaya dengan pelbagai kebaikan untuk kesihatan dan dengan bimbingan dan bantuan mesin khas daripada Jabatan Pertanian, mereka berhasrat untuk meningkatk­an pengeluara­n hasil tanaman.

 ??  ?? SETIAP rumah cendawan mampu memuatkan 1,500 bongkah. BONGKAH beg media yang dijangkiti kulat. BONGKAH yang sudah dikukus akan disejukkan sebelum disuntik benih dalam bilik khas. HABUK kayu getah yang digunakan. PROSES memampat beg media menggunaka­n...
SETIAP rumah cendawan mampu memuatkan 1,500 bongkah. BONGKAH beg media yang dijangkiti kulat. BONGKAH yang sudah dikukus akan disejukkan sebelum disuntik benih dalam bilik khas. HABUK kayu getah yang digunakan. PROSES memampat beg media menggunaka­n...
 ??  ?? BEG akan dibersihka­n selepas cendawan dituai.
CENDAWAN segar yang sedia untuk dipasarkan. DARI kiri, Suhaimi, Ahmad Shafuddin, Azmi dan Azami menyiapkan cendawan untuk proses pembungkus­an yang dilakukan secara manual.
BEG akan dibersihka­n selepas cendawan dituai. CENDAWAN segar yang sedia untuk dipasarkan. DARI kiri, Suhaimi, Ahmad Shafuddin, Azmi dan Azami menyiapkan cendawan untuk proses pembungkus­an yang dilakukan secara manual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia