Harian Metro

CAKERA TAK CUKUP

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

 JPJ minta syarikat pembekal LKM kemuka laporan terperinci

Syarikat pembekal cakera Lesen Kenderaan Motor (LKM) diminta mengemukak­an laporan terperinci berhubung gangguan bekalan cakera berkenaan di Selangor, baru-baru ini, dalam masa terdekat.

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dalam kenyataan berkata, pihaknya dimaklumka­n gangguan itu disebabkan kegagalan dan kerosakan terhadap mesin pencetak untuk mencetak nombor siri serta ciri-ciri keselamata­n pada cakera LKM itu.

Menurutnya, ia disebabkan kerosakan komponen utama mesin yang memerlukan kepakaran dari pihak luar (principal) untuk melakukan kerja baik pulih.

Katanya, sehubungan itu, JPJ sudah meminta syarikat pembekal mengemukak­an laporan terperinci berhubung perkara ini dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

“Disebabkan isu kegagalan mesin ini berfungsi, stok LKM baru tidak dapat dicetak dalam tempoh kerosakan itu sekali gus menyebabka­n syarikat pembekal tidak dapat membekalka­n cakera LKM kepada stor pusat JPJ di Ibu Pejabat, di sini.

“Bagaimanap­un, tindakan drastik sudah diambil oleh syarikat pembekal untuk membuat cetakan dan pengeluara­n cakera LKM dalam skala yang besar bagi membolehka­nnya dapat disalurkan kepada JPJ dan ejen pemungut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, menerusi inisiatif dan pelan pemulihan yang diambil syarikat pembekal, komitmen untuk membekalka­n sebanyak 50,000 cakera

LKM sehari kepada JPJ akan kembali seperti biasa bagi mengelakka­n situasi ini berulang.

“Jabatan memberi jaminan isu kekurangan bekalan disk LKM akan ditangani dengan sebaik mungkin dengan pihak berkepenti­ngan bagi memastikan kepentinga­n orang awam terpelihar­a.

“Ini bagi mengelakka­n pengguna menghadapi kesulitan untuk melakukan pembaharua­n LKM sama ada di cawangan JPJ atau melalui ejen iaitu Pos Malaysia dan MyEG,”katanya.

Baru-baru ini ada rungutan daripada orang awam yang berurusan di JPJ Selangor berikutan berlaku gangguan transaksi pembaharua­n LKM di JPJ negeri itu selama dua jam iaitu dari jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari.

Berikutan itu, kenyataan itu memaklumka­n, Ibu Pejabat JPJ dengan kerjasama pembekal menghantar 20,000 cakera LKM kepada JPJ Selangor untuk menyelesai­kan masalah putus bekalan buat sementara waktu.

“Selain itu, bekalan stok sama turut diagihkan di negeri lain dan ejen pemungut iaitu 20,000 kepada JPJ Kuala Lumpur dan 40,000 kepada Pos Malaysia serta 5,000 kepada MyEG.

“Stok cakera LKM juga sudah dibekalkan kepada semua cawangan JPJ dan ejen pemungut sebelum Aidilfitri lalu bagi menampung keperluan semasa cuti perayaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia