Harian Metro

‘BUKAN CABUL DALAM KERETA’

- Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Mangsa tertekan laporan media tidak tepat

Wanita yang mendakwa dicabul pegawai khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong, menafikan kejadian itu berlaku ketika kedua-duanya berada di dalam kereta seperti dilaporkan media.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Tan, 21, berkata, laporan tidak tepat menyebabka­n dia tertekan selepas dikecam di laman sosial sejak berita itu tersebar.

“Kira-kira jam 11 malam pada hari kejadian, lelaki itu dalam keadaan mabuk membawa saya ke kawasan letak kereta sebelum memeluk dan mencium serta memaksa melakukan seks oral dan ia turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.

“Akibat laporan media yang tidak tepat, saya tertekan kerana ia menimbulka­n pelbagai keraguan,” katanya pada sidang media di Pejabat Parti Cinta Malaysia (PCM), Air Itam, semalam.

Hadir sama, Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan dan teman lelaki Tan dikenali sebagai Yeoh, 33.

Mengulas lanjut, Tan berkata, dia berharap polis menjalanka­n siasatan terperinci, malah bersedia memberi keterangan.

Katanya, ia berikutan baju dan seluar dipakai ketika kejadian berlaku belum diambil polis untuk siasatan.

“Lelaki itu melakukan onani selama dua minit sehingga terpancut air mani dan terkena seluar serta kaki kiri saya. Justeru, ia menjadi bukti kes ini,” katanya.

Sementara itu, Huan berkata, dia dimaklumka­n suspek kini tidak lagi berkhidmat di tempat berkenaan kerana meletakkan jawatan, Jun lalu.

Dalam kejadian 6 Julai lalu, suspek dipercayai dalam keadaan mabuk membawa mangsa ke kawasan letak kereta sebelum memeluk dan mencium serta memaksanya melakukan seks oral.

Suspek dilapor menanggalk­an seluarnya dan dipercayai melakukan onani walaupun wanita terbabit enggan melakukann­ya, selain menawarkan RM500 kepada mangsa sebagai bayaran bermalam dengannya.

Bagaimanap­un, suspek berusia 50-an itu ditahan jam 9 malam kelmarin ketika hadir bersama peguamnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes terbabit.

 ??  ?? MANGSA menunjukka­n rakaman CCTV yang menunjukka­n pembantu khas ADUN yang mencabul kehormatan­nya pada sidang media di Air Itam, semalam.
MANGSA menunjukka­n rakaman CCTV yang menunjukka­n pembantu khas ADUN yang mencabul kehormatan­nya pada sidang media di Air Itam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia