Harian Metro

MALANG BERGANDA

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Tindakan seorang lelaki keluar dari kereta selepas terperangk­ap dalam banjir kilat mengundang tragedi apabila dia maut akibat terjatuh dalam longkang besar di Jalan Sungai Ara, Bayan Lepas, di sini, semalam.

Dalam kejadian 10.30 pagi, mayat Lim Kean Chuan, 59, ditemui selepas tiga jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan anggota bomba.

Difahamkan, mangsa sebelum itu memandu kereta bersendiri­an sebelum terperangk­ap dalam banjir kilat dan dikatakan keluar untuk meminta bantuan.

Mangsa berjalan berhampira­n longkang besar terbabit dan tidak perasan kewujudan longkang berkenaan sebelum dia tergelinci­r dan jatuh.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Bayan Baru, Pegawai Bomba Kanan, Rohizad Yusoff berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 10.51 pagi.

“Kami tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian dengan kekuatan sembilan anggota dan satu jentera.

“Usaha mencari dan menyelamat dilakukan dan mayat mangsa ditemui jam 2.10 petang,” katanya. Menurutnya, kes terbabit diserahkan kepada

 Lelaki terperangk­ap dalam banjir kilat

jatuh longkang ketika minta bantuan

polis dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati orang ramai turut membanjiri lokasi kejadian sejurus mengetahui berita mengatakan mangsa terjatuh ke dalam longkang terbabit.

Selain itu, ahli keluarga mangsa juga dilihat sabar menunggu ketika anggota bomba dan penyelamat melakukan operasi mencari mangsa.

Selepas tiga jam, mayat mangsa ditemui 800 meter dari lokasi dia terjatuh dan suasana bertukar sedih apabila ahli keluarga mangsa dilihat menangis sejurus mayat lelaki itu dinaikkan anggota bomba.

 ?? FOTO: ZULAIKHA ZAINUZMAN ?? ANGGOTA bomba dan penyelamat mengusung mayat Lim yang lemas selepas terjatuh dalam longkang ketika banjir kilat di Jalan Sungai Ara, Bayan Lepas.
FOTO: ZULAIKHA ZAINUZMAN ANGGOTA bomba dan penyelamat mengusung mayat Lim yang lemas selepas terjatuh dalam longkang ketika banjir kilat di Jalan Sungai Ara, Bayan Lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia