Harian Metro

NAMPAK SELIPAR, KEMUDIAN JASAD

-

 Seorang lemas dalam kolam tadahan manakala seorang lagi berjaya diselamatk­an

sini sejak lebih sebulan lalu tetapi sudah lama kenal dengan bapa mangsa dan sangat rapat.

“Semalam (kelmarin) ketika mereka sekeluarga datang ke rumah, isteri sedang menyiapkan mi goreng untuk makan beramai-ramai manakala Nur Damia Nadhirah dan rakannya bermain di halaman rumah.

“Mulanya mereka masuk ke dalam rumah dan minta keropok untuk makan dan keluar semula bermain di bawah pokok manggis di depan rumah.

“Kehilangan mereka hanya disedari ketika ibu mangsa memanggil mereka untuk makan, namun gagal dikesan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Zuraini berkata selepas puas mencari di sekitar halaman rumah, dia dan Shahrudin tergerak hati mencari di kolam itu sebelum ternampak selipar mangsa terapung diikuti jasadnya.

Katanya, dia turun ke dalam kolam berkenaan mengambil jasad Nur Damia Nadhirah dan menyerahka­n, kepada bapanya sebelum terjun semula mencari seorang lagi mangsa.

“Saya menguis menggunaka­n kaki dalam air sebelum berjaya mengesan Muhammad Rusyaidi di dasar kolam sedalam 2.5 meter itu dan lebarnya lima meter.

“Selepas mengangkat ke tebing, kami memberi bantuan pernafasan selain berusaha mengeluark­an air daripada badan mereka sebelum membawa mangsa ke Hospital Kuala Nerang (HKN).

“Ketika itu kedua-dua mereka tidak sedarkan diri dan sebaik tiba di HKN, doktor mengesahka­n Nur Damia Nadhirah meninggal dunia manakala Muhammad Rusyaidi pula masih tidak sedarkan diri akibat terlalu banyak minum air,” katanya.

Mayat Nur Damia Nadhirah kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluargany­a manakala Muhamad Rusyaidi dirawat di hospital sama dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Jenazah Nur Damia Nadhirah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Padang Lalang pada jam 11 pagi, semalam.

Sementara itu, usaha untuk menemu bual ibu bapa mangsa gagal kerana mereka enggan ditemui lantaran terlalu sedih dengan apa yang berlaku.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim turut menziarahi keluarga mangsa dan meninjau kolam tadahan air itu.

 ??  ?? PENDUDUK kampung, Roby Muhammad menunjukka­n selipar milik Nur Damia Nadhirah (gambar kecil) yang lemas selepas tergelinci­r ke dalam kolam tadahan.
PENDUDUK kampung, Roby Muhammad menunjukka­n selipar milik Nur Damia Nadhirah (gambar kecil) yang lemas selepas tergelinci­r ke dalam kolam tadahan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia