Harian Metro

25 KHEMAH ‘TERSUNGKUR’

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

70 penguat kuasa gempur kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dijajah warga asing

Keras kepala dan tidak gentar dengan tindakan pihak berkuasa. Itu gambaran terhadap sikap peniaga haram warga asing yang terus menjajah kawasan sekitar pasar Borong Kuala Lumpur di sini.

Mereka tidak hanya mengganggu lalu lintas, malah turut membuka berpuluh khemah perniagaan haram di kawasan itu.

Susulan aktiviti haram itu, sepasukan 70 anggota membabitka­n Penguat Kuasa Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur melakukan operasi bersepadu di kawasan itu jam 2 petang semalam.

Tindakan tegas diambil pihak berkuasa dengan menyita 25 khemah perniagaan bersama barangan jualan milik peniaga warga asing terutama Bangladesh dan Myanmar.

Jurucakap Penguat kuasa DBKL berkata, pihaknya kerap menerima laporan dan aduan berhubung masalah dibawa peniaga serta penjaja warga asing di sekitar pasar borong dan Pusat Bandar Utara di sini.

Menurutnya, bilangan peniaga haram di kawasan itu semakin meningkat, sekali gus menyumbang kepada peningkata­n kadar jenayah.

“Hampir setiap hari kami menerima 10 aduan berkaitan masalah kebersihan dan lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Kami melakukan pemantauan dan risikan bagi memastikan operasi ini berjalan dengan lancar. Dalam operasi ini kami mengambil tindakan terhadap 25 penjaja haram warga asing,” katanya.

Beliau berkata, warga asing terbabit diambil tindakan mengikut kesalahan Undang-undang Kecil (UUK) 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja 2016 iaitu bertindak sebagai penjaja tanpa lesen (bukan warganegar­a).

“Dalam operasi ini juga pihak JIM melakukan pemeriksaa­n terhadap 48 warga asing. Lima lelaki warga Myanmar ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

 ??  ?? OPERASI gempur Pasar Borong Kuala Lumpur bagi menangani lambakan peniaga warga asing
di kawasan itu.
OPERASI gempur Pasar Borong Kuala Lumpur bagi menangani lambakan peniaga warga asing di kawasan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia