Harian Metro

‘Nenek dah maafkan semuanya...’

-

Sabak Bernam: “Pulanglah adik, nenek sudah maafkan semuanya. Tolonglah .... nenek sakit, tak boleh jalan...hampir setiap hari menangis teringatka­n adik,” rayu Mariam Borham, 56, susulan kehilangan cucunya, Azwanis Akmal Samsuddin, 15, sejak pagi Selasa lalu.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap itu dipercayai hilang dari rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Desa Kasih Merbau Berdarah, Parit 16, kira-kira jam 2 pagi.

Mariam berkata, kehilangan cucu bongsu daripada dua beradik itu disedari abang Azwanis, Muhammad Shanizan, 16, selepas pulang bekerja di kedai makan.

“Mak cik ingat dia tidur di rumah saudara tetapi bila tanya mereka kata Azwanis tak ada,” katanya.

Mariam berkata, dia menjaga cucunya itu selepas anaknya, Samsuddin, 44, bercerai dengan isterinya ketika Azwanis berusia enam bulan.

“Hubungan mak cik dengan Azwanis memang rapat, kadang-kadang dia peluk dan cium mak cik sebelum tidur, memang terasa kehilangan­nya,” katanya.

Ibu saudara Azwanis, Habibah Ahmad, 46, berkata, sejak kehilangan anak saudaranya itu, perasaanny­a tidak tenteram, malah pernah bermimpi mengenainy­a.

“Saya pernah bermimpi, Azwanis minta tolong. Dia kata terkurung dan tak boleh nak makan,” katanya.

Habibah berkata, walaupun hubunganny­a sebagai ibu saudara, dia rapat dengan Azwanis yang memanggiln­ya ‘ibu’ sejak kecil.

“Saya ada bertanya dengan kawan rapat Azwanis. Mereka kata, Azwanis ada berkawan dengan lelaki tak dikenali, tapi tak tahu sejauh mana kebenarann­ya.

“Azwanis mungkin bawa beberapa helai pakaian saja ketika keluar dan saya merayu mereka yang menemui anak saudra saya menghubung­i kami di talian 019-3203055 atau 019-5262337,” katanya.

 ??  ?? AHLI keluarga menunjukka­n gambar Azwanis.
AHLI keluarga menunjukka­n gambar Azwanis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia