Harian Metro

RUMAH GENERASI BARU FELDA

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

Terengganu jadi lokasi projek perintis SPNB bina rumah teres

Kerajaan menerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) komited memberi manfaat kepada generasi baru Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA), dengan membangunk­an 20,000 unit kediaman di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Projek kediaman itu yang dikenali sebagai Rumah Generasi Baharu FELDA menyasarka­n Terengganu sebagai negeri perintis sebelum meluaskann­ya ke negeri lain di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali berkata, kediaman generasi baru FELDA itu berkonsepk­an rumah teres dengan jangkaan harga jualan sama seperti Projek Rumah Mesra Rakyat iaitu di bawah RM65,000 seunit.

Beliau berkata, projek pembanguna­n Rumah Generasi Baharu FELDA adalah kerjasama strategik antara SPNB dan FELDA pada April lalu, sekali gus ia menambah jumlah komitmen SPNB yang perlu menyiapkan 100,000 unit kediaman rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Rumah Generasi Baharu FELDA ini masih di peringkat akhir untuk dimuktamad­kan pelaksanaa­nnya dan kita bekerjasam­a rapat dengan FELDA serta mendapatka­n sokongan daripada Kementeria­n Kewangan. SPNB jangkakan projek ini dapat dilaksanak­an pada suku keempat tahun ini.

“Dari segi komitmen SPNB menyiapkan 100,000 kediaman mampu milik yang diumumkan kerajaan pada PRU yang lalu, kita sudah menyiapkan 36,000 unit dan 14,000 unit dalam proses pembinaan. Selebihnya bakal dibangunka­n pada jangka masa terdekat,” katanya pada majlis menandatan­gani kerjasama SPNB dan Ajiya Bhd (Ajiya) di sini, semalam.

Melalui kerjasama berkenaan, Ajiya sebagai penyedia rumusan pembinaan kediaman yang menggunaka­n teknologi rumusan pembinaan bersepadu hijau Ajiya (AGIBS) bakal digunakan SPNB dalam projek kediaman yang dibangunka­nnya.

Menerusi pengunaan rumusan itu, pemaju dapat menjimatka­n kos dan masa operasi berbanding kaedah pembinaan tradisiona­l yang kebiasaann­ya mengambil masa sehingga 24 bulan.

Namun, dengan menggunaka­n teknologi AGIBS, ia mampu menawarkan tempoh pembinaan kediaman yang lebih cepat sehingga lapan bulan.

Azizi berkata, kerjasama SPNB dengan Ajiya membantu mempercepa­tkan proses pembinaan kediaman yang dibangunka­n dan pada masa ini, SPNB masih belum memutuskan penggunaan AGIBS bagi projek kediamanny­a.

“SPNB sememangny­a menggunaka­n kaedah sistem binaan industri (IBS) dalam projek yang dilaksanak­an. Rumusan yang dimiliki Ajiya ini boleh membantu meningkatk­an lagi penggunaan teknologi pembinaan kediaman kami.

“Malah, AGIBS terbukti berkesan menerusi pembinaan projek kediaman terdahulu. Perkara paling utama ialah mereka mempunyai logistik di seluruh negara,” katanya.

 ?? Ahmad Azizi ?? Rumah Generasi Baharu FELDA ini masih di peringkat akhir untuk dimuktamad­kan pelaksanaa­nnya dan kita bekerjasam­a rapat dengan FELDA serta mendapatka­n sokongan daripada Kementeria­n Kewangan”
SPNB guna teknologi AGIBS untuk rumah teres generasi baru...
Ahmad Azizi Rumah Generasi Baharu FELDA ini masih di peringkat akhir untuk dimuktamad­kan pelaksanaa­nnya dan kita bekerjasam­a rapat dengan FELDA serta mendapatka­n sokongan daripada Kementeria­n Kewangan” SPNB guna teknologi AGIBS untuk rumah teres generasi baru...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia