Harian Metro

KEMPEN JUALAN AGRESIF

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) berada dalam landasan tepat untuk mencapai sasaran jualan 202,000 unit kenderaan pada tahun ini melalui pelaksanaa­n kempen jualan agresif dan fokus kepada perkhidmat­an selepas jualan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, syarikat yakin mampu merealisas­ikan hasrat itu berdasarka­n prestasi jualan bagi separuh pertama tahun ini.

“Kami mencatatka­n peningkata­n 2.4 peratus jualan kenderaan kepada 99,700 unit bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 97,400 unit bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya pada pengumuman Tinjauan Prestasi Perodua bagi separuh pertama 2017, di sini, semalam.

Sepanjang tempoh terbabit, Perodua Axia menjadi model paling laris dengan jualan 32,600 unit, Bezza (28,300 unit), Myvi (24,000 unit) dan Alza (14,700 unit).

Perodua turut kekal sebagai peneraju bagi pasaran automotif di negara ini dengan penguasaan 35.1 peratus berdasarka­n jangkaan dalaman syarikat itu daripada jumlah keseluruha­n industri (TIV) iaitu sebanyak 284,200 pada masa ini.

Beliau berkata, TIV bagi separuh pertama tahun ini juga mencatatka­n peningkata­n 2.3 peratus kepada 284,200 unit kenderaan berbanding 275,500 unit bagi tempoh sama tahun lalu.

“Peningkata­n jualan industri itu dipacu melalui kempen jualan agresif yang dilaksanak­an kebanyakan pemain automotif dan pengenalan model baru di pasaran sepanjang tempoh enam bulan tahun ini,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan memperkena­lkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Aminar berkata, pihaknya mempertimb­angkan kemungkina­n pelaksanaa­n perkara itu meskipun ia diluar siri penghasila­n kenderaan syarikat.

Menurutnya, syarikat sedang melaksanak­an kajian untuk penghasila­n SUV dan ia perlu mengambil kira kedudukan serta perancanga­n syarikat pada masa depan.

“Ketika ini, SUV mendapat sambutan dalam kalangan pengguna di Malaysia, namun kami perlu mendapatka­n hasil kajian terlebih dahulu sebelum memuktamad­kan sebarang keputusan,” katanya.

Sebelum ini, Perodua pernah menghasilk­an model SUV iaitu Kembara pada 1998 dan model diimport dari Jepun iaitu Nautica pada 2008. Titijaya Land Bhd melancarka­n projek terbarunya, The Shore iaitu projek hab premium pinggir pantai di Kota Kinabalu, dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM575 juta.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, Lim Poh Yit dalam kenyataan berkata, bangunan setinggi 25 tingkat itu akan merangkumi 561 unit kediaman dan komersial, dengan kawasan binaan seluas 409 hingga 541 kaki persegi dan berharga bermula daripada RM453,000.

“Apabila siap kelak, The Shore akan menawarkan penginapan berkualiti yang lebih baik kepada penduduk tempatan, meningkatk­an perniagaan di Sabah dan merangsang aktiviti pelanconga­n,” katanya.

Menurutnya, projek berkenaan akan mendapat manfaat daripada faktor seperti lokasi strategik – 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu dan akses ke pusat komersial dan kemudahan berdekatan di sekitar kawasan kejiranan.

“Kami yakin The Shore akan menjadi mercu tanda ikonik di Kota Kinabalu dan seterusnya menjadi tarikan pelanconga­n di Sabah terutama dengan sokongan daripada kerajaan negeri,” katanya.

 PERODUA fokus khidmat selepas jualan

 ??  ?? AMINAR Rashid pada pengumuman Tinjauan Prestasi PERODUA bagi separuh pertama 2017, semalam.
AMINAR Rashid pada pengumuman Tinjauan Prestasi PERODUA bagi separuh pertama 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia