Harian Metro

Hua Yang catat untung bersih lebih rendah

-

Pemaju hartanah, Hua Yang Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM1.7 juta pada suku pertama berakhir 30 Jun 2017 berbanding RM23.9 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan susut kepada RM47.9 juta berbanding RM128 juta sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ho Wen Yan dalam kenyataan berkata, Hua Yang merancang untuk meningkatk­an bekalan dalam segmen mampu milik bagi memenuhi keperluan pasaran, menawarkan rumah sensitif harga di lokasi strategik tanpa mengabaika­n kualiti.

“Fokus kami pada tahun kewangan 2018 ialah memacu jualan baru bagi meningkatk­an pendapatan,” katanya.

Jualan belum dibil Hua Yang setakat 30 Jun 2017 berada pada RM204.3 juta.

Projek di Johor adalah penyumbang pendapatan terbesar iaitu 35 peratus diikuti Lembah Klang (31 peratus), Ipoh (23 peratus), Pulau Pinang (enam peratus) dan Negeri Sembilan (lima peratus).

Kumpulan itu kini mempunyai 189.4 hektar tanah yang belum dimajukan dengan potensi nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM4.5 bilion.

Ho berkata, kumpulan itu merancang pelancaran projek baru dengan anggaran GDV berjumlah RM322 juta pada tahun kewangan 2018.

Ia sebagai tambahan kepada projek RM718 juta yang dilancarka­n lewat tahun kewangan 2017, memberikan syarikat itu lebih RM1 bilion nilai projek baru di kawasan utamanya.

“Kami juga menjangka sumbangan bermakna daripada pelaburan dalam syarikat bersekutu, Magna Prima Bhd, ketika kami memulakan kerjasama bagi merealisas­ikan nilai aset utama sedia ada dan mengekalka­n strategi pembanguna­n berdaya maju jangka masa lebih panjang untuk syarikat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia