Harian Metro

32 TAHUN JADI PATUNG

- Agensi

 Pengawal keselamata­n terkenal selepas

berdiri tegak enam jam sehari

Nampak macam mudah tetapi seorang lelaki di sini mungkin mempunyai tugas antara paling mencabar di dunia.

Abdul Aziz bekerja sebagai patung hidup sejak 32 tahun lalu dengan berdiri tegak selama enam jam sehari selain menahan usikan orang ramai.

Sehingga kini, tiada siapa pun yang mampu membuatkan Abdul Aziz, 54, bergerak, tersenyum atau mengerlip mata.

Abdul Aziz yang digelar ‘Lelaki Patung India’ memulakan rutin hariannya itu sejak 1985, tidak lama selepas mendapat kerja sebagai pengawal keselamata­n di hotel VGP Golden Beach Resort, di sini.

Semuanya bermula apabila majikannya yang melawat Britain berasa kagum melihat Pengawal Diraja di Istana Buckingham yang berdiri tegak seperti patung.

Apabila kembali ke India, dia mengarahka­n semua pengawal keselamata­n di hotel itu menjalani latihan berdiri tegak selama empat jam.

Mereka tidak dibenarkan bercakap, tersenyum, makan, minum mahupun menghalau lalat yang hinggap di wajah.

Akhirnya, Abdul Aziz didapati paling sesuai untuk tugas yang pelik itu.

“Pada mulanya, saya tidak suka dengan idea itu tetapi saya tidak berani memberitah­u majikan kerana tidak mahu dibuang kerja,” katanya kepada majalah Friday Magazine.

Selama enam jam menjadi patung, Abdul Aziz perlu menahan usikan orang ramai yang membuat pelbagai lawak dan jenaka semata-mata mahu membuatkan dia bergerak.

Bagaimanap­un, orang ramai tidak dibenarkan menyentuh tubuh Abdul Aziz.

“Berdiri tegak seperti patung sepanjang hari mungkin kelihatan mudah tetapi ia tugas paling sukar dan mencabar.

“Pada mulanya ia menyebabka­n saya sangat penat tetapi kini saya mengawal pemakanan dan bersenam untuk memastikan tubuh sentiasa bertenaga,” jelasnya.

Abdul Aziz yang menerima gaji sebanyak 10,000 rupee (RM666) sebulan memberitah­u, dia merancang untuk bersara dan sedang melatih penggantin­ya.

 ??  ??
 ??  ?? SEKUMPULAN pengunjung cuba membuatkan Abdul Aziz ketawa di hadapan hotel VGP Golden Beach Resort di Chennai, India. - Agensi
SEKUMPULAN pengunjung cuba membuatkan Abdul Aziz ketawa di hadapan hotel VGP Golden Beach Resort di Chennai, India. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia