Harian Metro

DAKWA AQUINO

- AFP

 Bekas presiden dipertangg­ungjawab bagi serbuan berdarah di Mamasapano pada 2015

Bekas presiden Filipina, Benigno Aquino bakal didakwa berhubung serbuan antikegana­san yang menyebabka­n 44 anggota polis elit terbunuh pada 2015, kata seorang pendakwa raya khas kerajaan semalam.

Aquino yang menamatkan enam tahun pemerintah­annya tahun lalu, didakwa merampas kuasa dan membenarka­n ketua polis yang digantung tugas, Alan Purisima, menjalanka­n serangan komando maut itu pada Januari 2015, kata Ombudsman kerajaan.

“Purisima tidak mungkin ditempatka­n dalam kedudukan itu kalau bukan kerana pembabitan serta pengaruh Presiden Aquino,” kata Conchita Morales dalam satu kenyataan.

Penyokong pengganti Aquino, Presiden Rodrigo Duterte, turut memfailkan aduan ‘kelalaian melulu yang menyebabka­n banyak kematian,’ terhadap Aquino, tetapi Morales menolaknya.

Aquino yang berdepan beberapa tahun penjara jika didapati bersalah, sedang mengkaji perintah itu untuk memfailkan usul supaya ia dipertimba­ngkan semula, kata pembantuny­a.

“Bacaan awal menunjukka­n terdapat kesilapan dalam beberapa fakta berhubung kejadian itu, menyebabka­n berlaku kesalahan dalam membuat kesimpulan,” kata kenyataan berkenaan.

Komando polis dihantar menyertai misi antikegana­san di bandar Mamasapano yang turut membunuh warga Malaysia Zulkifli Abdhir, yang berada dalam senarai paling dikehendak­i kerajaan Amerika Syarikat.

Mereka kemudian menyerang hendap militan dan lelaki bersenjata lain menyebabka­n 44 anggota keselamata­n terbunuh dalam kejadian yang menggempar­kan Filipina.

Akibat kejadian itu, Kongres Filipina menolak meluluskan rang undang-undang untuk membolehka­n pemerintah­an Islam di Mindanao yang juga usaha keamanan Aquino di rantau dengan penduduk yang majoritiny­a Muslim itu.

Conchita turut mendakwa Aquino melanggar undang-undang dengan memberikan tugasan itu kepada pegawai yang digantung tugas kerana atas tuduhan rasuah pada masa itu.

Kejadian yag dikenali sebagai ‘Pembunuhan Mamasapano,’ itu sekali gus membawa kepada kejatuhan Aquino, yang kemudian digantikan Duterte.

Duterte sering memetik kejadian di Mamasapano itu sebagai bukti perbuatan salah laku Aquino.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia