Harian Metro

PARTI BERAKHIR NGERI

- AFP

Sekumpulan lelaki bertopeng menyerbu masuk ke sebuah parti kanak-kanak di tengah Mexico dan menikam mati 11 orang termasuk dua mangsa bawah umur, kata pihak berkuasa dan saksi kelmarin, dalam kejadian terbaru membabitka­n pembunuhan beramai-ramai di negara yang dibelenggu keganasan itu.

Polis tiba di tempat kejadian ekoran panggilan kecemasan diterima sejurus detik tengah malam di bandar Tizayuca, di tengah negeri Hidalgo, kata seorang pegawai.

Menurut seorang jiran, empat lelaki menyerbu masuk ke dalam khemah putih tempat satu keluarga menganjurk­an parti kanak-kanak di luar rumah mereka.

Penyerang berkenaan menikam mati tujuh wanita, dua lelaki dan dua kanak-kanak, kata pendakwa raya negeri, Javier Lara.

“Pembunuhan itu nampaknya menyasarka­n beberapa orang, dan kami turut menyiasat dakwaan bahawa pemilik rumah berkenaan terbabit jenayah terancang.

“Dia dikatakan mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk penculikan, yang dilakukann­ya ketika berada di dalam penjara.

“Kami membuat anggapan, pembunuhan itu menyasarka­n beberapa orang. Bukti menunjukka­n sekumpulan orang dihantar ke rumah itu untuk membunuh mangsa berkenaan,” kata Lara.

Menurutnya, seorang mangsa adalah pekerja perkhidmat­an keselamata­n awam Mexico City.

Jurucakap keselamata­n awam, David Pichardo berkata, empat kanak-kanak didapati tidak cedera.

Seorang daripadany­a memberitah­u pihak berkuasa yang lelaki bertopeng itu berpakaian seragam polis ketika tiba di parti berkenaan sebelum membunuh semua mangsa, menurut akhbar Excelsior.

Sejurus selepas kejadian, pihak berkuasa mengepung dan mengawal ketat kawasan berkenaan. Pekerja forensik turut dilihat melakukan siasatan di tempat kejadian.

 11 maut dibunuh sekumpulan lelaki

serbu majlis keraian kanak-kanak

 ??  ?? PAKAR forensik mengeluark­an 11 mayat dari rumah
berkenaan. - EPA
PAKAR forensik mengeluark­an 11 mayat dari rumah berkenaan. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia