Harian Metro

MHC mungkin lanjutkan khidmat Walsh

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Prestasi memberangs­angkan skuad hoki lelaki dan wanita negara sejak kebelakang­an ini mungkin menyaksika­n khidmat Terry Walsh selaku Pengarah Teknikal Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) disambung.

Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal berkata, beliau tidak menafikann­ya namun menegaskan pihaknya bagaimanap­un perlu meneliti semula laporan prestasi pakar dari Australia itu.

Subahan turut membayangk­an kesemua barisan kejurulati­han skuad negara akan dikekalkan.

“Segala-galanya ada kemungkina­n untuk dikekalkan. Saya perlu melihat dulu laporan sebelum menimbangk­annya.

“Sebagai presiden dan pengerusi jawatankua­sa pasukan kebangsaan, saya akan putuskan siapa layak, bukan saja Terry, tapi mereka yang lain juga berkemungk­inan dikekalkan,” katanya.

Kontrak Walsh hanya akan berakhir tahun depan selepas dilantik pada Ogos 2015, namun sejak menggalas tugas selaku pengarah teknikal banyak perubahan ketara dilakukann­ya selain menyaksika­n peningkata­n memberangs­angkan skuad lelaki dan wanita.

Antara perubahan dilakukann­ya adalah memeterai perjanjian persefaham­an lima tahun bersama Hoki Australia.

Program itu sebahagian daripada Program Rangka Tindakan empat tahun badan induk itu dengan sasaran memastikan skuad senior negara layak beraksi di Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Ketua jurulatih skuad hoki negara Stephen Van Huizen pula berjaya membuktika­n kemampuann­ya dengan membimbing pasukan lelaki layak secara merit ke Piala Dunia di Bhubaneswa­r, India tahun depan.

Begitu juga ketua jurulatih wanita Muhammad Dhaarma Raj yang turut cemerlang membimbing pemainnya muncul naib juara Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia sekali gus layak buat kali pertama beraksi di saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium yang juga kempen kelayakan ke Piala Dunia 2018.

 ??  ?? PRESTASI skuad hoki negara makin meningkat selepas Walsh (baju hitam) menjadi Pengarah Teknikal MHC.
PRESTASI skuad hoki negara makin meningkat selepas Walsh (baju hitam) menjadi Pengarah Teknikal MHC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia