Harian Metro

TINGKAT TAHAP KECERGASAN

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

Kecergasan dilihat sebagai aspek penting dalam menentukan kesinambun­gan karier atlet namun sejauh mana dapat membantu mereka terutama apabila menghadapi tugasan besar seperti mewakili negara?

Di sinilah pentingnya seseorang atlet itu memiliki ‘match fitness’ (kecergasan untuk perlawanan) dan hakikat itu turut diakui Pensyarah Kanan Sains Sukan UiTM Shah Alam Mohd Sadek Mustafa.

“Match fitness ini sesuatu yang amat penting kerana membantu jurulatih menilai tahap kecergasan pemain secara fizikal yang secara asasnya membabitka­n aspek seperti kardiovask­ular, kekuatan, skil dan kuasa,” kata Mohd Sadek.

“Selain itu ia membabitka­n penguasaan dari segi teknikal iaitu sama ada pemain dapat menyerap asas atau formasi yang diterapkan jurulatih seperti set-piece atau formasi permainan seperti 4-4-2, 3-4-3 dan 3-5-2.”

Ia juga membabitka­n keserasian di antara pemain dalam sesebuah pasukan dengan setiap mereka dapat beraksi baik mengikut posisi ditugaskan.

Menurut beliau sejauh mana keserasian dalam pasukan boleh dilihat apabila pertukaran pemain dilakukan pada minit ke-60 atau 70 dalam sesebuah perlawanan bola sepak dengan setiap pertukaran akan membawa kepada corak permainan berbeza.

Match fitness juga jelas beliau bertujuan mengukur kebolehan pasukan secara keseluruha­n dan menguji kemampuan sebenar mereka sebelum menghadapi kejohanan sebenar.

“Sebagai contoh apabila kita melihat pasukan hoki wanita kebangsaan, mereka membentuk match fitness mereka di New Zealand sebelum menyertai Liga Hoki Dunia di Belgium.

“Kita dapat melihat ada perbezaan dari konteks keyakinan diri mereka apabila berdepan pemain dari luar negara.

“Mereka juga menampilka­n tempo permainan yang berbeza kerana dapat menyerap keyakinan diri ketika berdepan perlawanan besar dan adalah ia amat penting dalam membantu mereka menguasai kemahiran dimiliki.”

Namun satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah match fitness ini tidak hanya tertumpu kepada sukan berpasukan malah turut penting dalam sukan individu.

“Dalam sukan berpasukan keseluruha­n pasukan dianggap penting biarpun ada pemain yang kurang berpengala­man berbanding individu yang perlu memberi keutamaan terhadap kecergasan diri dalam membentuk match fitness.

“Roger Federer misalnya mengambil keputusan untuk tidak menyertai Terbuka Perancis tahun ini bagi membentuk match fitness untuk kejohanan di gelanggang rumput (Wimbledon).

“Sekiranya tewas dalam kejohanan sebelumnya, ia tidak menjadi masalah buatnya kerana dia dalam proses ‘memanaskan badan’ untuk menyesuaik­an diri dengan pertanding­an dan permukaan gelanggang.”

Berbalik kepada sukan berpasukan adakah tahap match fitness seseorang pemain mempengaru­hi prestasi sesebuah pasukan dan dalam hal ini Mohd Sadek berkata di sinilah pentingnya kepemimpin­an dalam sesebuah pasukan, kehadiran pemain senior dan ketua pasukan untuk mengimbang­i kelemahan itu.

“Persoalan yang lebih besar adalah sejauh mana pemain yang kekurangan match fitness dapat memahami dan menyerap falsafah pasukan dan di sini kita lihat betapa pentingnya penyesuaia­n dalam pasukan.

“Perkara ini yang berlaku dalam kebanyakan pasukan Asia yang kurang memberi tumpuan terhadap sukan dan memerlukan latihan yang lama berbanding pasukan dari negara yang lebih berpengala­man seperti Sepanyol dan Perancis yang hanya memerlukan tempoh latihan lebih singkat.

“Tempoh itu sudah memadai untuk memperliha­tkan tahap profesiona­lisme pemain, baik dari segi kecergasan mahupun memahami formasi pasukan dan falsafah permainan justeru memudahkan jurulatih untuk memahami peranan setiap individu dalam pasukan.

“Berbanding pemain negara apabila mereka bermain mewakili pasukan kebangsaan, pemain yang diharapkan bagaikan tidak menyerlah dan wujud kepincanga­n untuk memenuhi posisi sedangkan mereka begitu lincah ketika mewakili negeri tetapi mengapa tidak menjadi apabila menyertai pasukan kebangsaan.

“Justeru adalah

 Atlet Malaysia perlu miliki ‘match fitness’ terutama dalam berpasukan

penting untuk pemain tempatan mengubah mentaliti supaya tidak lagi memiliki mentaliti jaguh kampung tetapi menjadi jaguh antarabang­sa.

“Ia berbeza dengan pemain individu seperti Datuk Lee Chong Wei, pemain bowling dan skuasy yang mampu mengekalka­n kehebatan mereka di pentas antarabang­sa.”

 ??  ?? ATLET seperti Chong Wei mudah mengekalka­n ‘match fitness’.
ATLET seperti Chong Wei mudah mengekalka­n ‘match fitness’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia