Harian Metro

SEMANGAT GEGAR MTB

- Wan Asrudi Wan Hasan sukan@hmetro.com.my Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

 Pasukan Kayuh Utara Harmoni teruja

jalani latihan, gigih buat persiapan

Setiap kali acara jamboree diadakan di sekitar utara tanah air, pasukan Kayuh Utara Harmoni sudah pasti tidak ketinggala­n menyertain­ya.

Justeru, saingan Siri Pertama Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 pada 29 Julai ini tiada bezanya Ipoh: Kayuhan setiap hari dengan jarak 30 hingga 40 kilometer bagi meningkatk­an stamina menjadi rutin harian Gerik Cycling Team mempersiap­kan diri sebelum beraksi pada 29 Julai ini.

Ketua pasukan Mohamad Fakarulraz­i Shaari berkata mereka tidak mahu menganggap mudah cabaran berkenaan dan sehubungan itu, mahu sekurang-kurangnya menghabisk­an kayuhan dalam kelompok terbaik.

Dia berkata, setakat ini seramai 14 ahli kumpulan apabila ahli kelab berkenaan turut mengesahka­n kehadiran mereka.

Kelab berpangkal­an di Pendang, Kedah itu dibarisi sebahagian besar kaki tangan kerajaan, nyata cukup bersemanga­t untuk menyertai kejohanan berkenaan.

Jurucakap pasukan Muhd Ghazali Abd Rahman, 38, berkata, kelab ditubuhkan pada 2012 itu dan mempunyai 30 ahli aktif sering menyertai kejohanan mountain bike termasuk anjuran Harian Metro, antaranya di Nibong Tebal, Pulau Pinang serta Merbok dan Kulim, Kedah.

Katanya, walaupun tidak pernah memenangi sebarang gelaran, mereka tetap bersemanga­t memeriahka­n kejohanan anjuran Harian Metro itu.

“Sebagai persediaan menyertai kejohanan, kami menjalani latihan setiap pagi Jumaat dan Sabtu.

“Latihan Jumaat membabitka­n jarak 60 kilometer ke atas manakala untuk Sabtu, kami menggunaka­n mountain bike dengan jarak latihan sejauh 30 hingga 40 kilometer,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN Kayuh Utara Harmoni gigih jalani latihan buat persiapan.
PASUKAN Kayuh Utara Harmoni gigih jalani latihan buat persiapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia