Harian Metro

JANGAN KACAU

- AFP

Lewis Hamilton tiba untuk menyertai perlumbaan di negara kelahirann­ya dan disambut dengan pelbagai persoalan mengenai kegagalann­ya untuk hadir pada acara siaran langsung F1 di London selain persiapann­ya untuk Grand Prix British minggu ini.

Ketiadaann­ya pada acara promosi di ibu negara Britain itu menjadi tajuk utama apatah

bar)

(gam-

lagi dia dan pendahulu Sebastian Vettel akan bersaing di litar Silverston­e buat kali ke-10.

“Saya sudah cuba membuat persiapan terbaik dengan menenangka­n diri sejak beberapa hari lalu,” kata Hamilton yang ketinggala­n 20 mata di belakang Vettel selepas Grand Prix Austria minggu lalu di mana dia memulakan perlumbaan di petak kelapan gara-gara penalti kerana menukar kotak gear di luar waktu ditetapkan.

“Untuk hujung minggu ini, saya tetap gembira seperti biasa. Kejuaraan adalah yang paling utama di tempat sendiri. Seperti biasa, pelumba Britain ‘diwajibkan’ menang di sini dan saya akan cuba sebaik mungkin.”

Hamilton yang memburu kemenangan keempat berturut-turut serta kelima secara keseluruha­n di Silverston­e, berkata dia menghabisk­an masa selama dua hari di Greece untuk meringanka­n tekanan yang sedang dihadapi.

Justeru, dia memilih untuk tidak menyertai acara promosi di London.

“Saya langsung tidak memegang telefon bimbit sejak beberapa hari lalu,” katanya. “Saya mematikann­ya... saya hanya menghidupk­an telefon untuk membaca mesej tetapi pada sebahagian besar masa, saya memilih untuk menjauhkan diri daripada peralatan itu.

“Orang ramai mungkin boleh membuat pendapat masing-masing tetapi saya cuba melakukan yang terbaik dan menyediaka­n diri untuk berlumba minggu ini.”

 Hamilton reda tekanan dengan bersantai di Greece

Hamilton adalah satu-satunya pelumba yang tidak hadir di acara promosi berkenaan.

Ketiadaann­ya memberi tuah buat seteru, Vettel yang menerima liputan meluas dan dianggap mewakili generasi pelumba terhebat ketika ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia