Harian Metro

PERTAHANAN TERMAHAL DUNIA

- AFP

London

Kyle Walker sedia untuk menjadi pemain pertahanan termahal dunia apabila Manchester City bakal membelanja­kan sebanyak £54 juta (RM300.4 juta) untuk mendapatka­n bintang Tottenham itu.

Pemain antarabang­sa England berusia 27 tahun berkenaan yang menyertai Spurs bersama-sama Kyle Naughton pada 2009 dengan yuran perpindaha­n sebanyak £9 juta (RM50 juta) dari Sheffield United, kini dianggarka­n bernilai £45 juta (RM250.3 juta) dengan tambahan £5 juta (RM27.8 juta) yang akan dijelaskan dalam tempoh setahun serta kos lain-lain sebanyak £4 juta (RM22.2 juta), lapor The Times.

Jumlah itu bakal memecahkan rekod £50 juta (RM278 juta) yang dibayar Paris Saint-Germain kepada Chelsea untuk mendapatka­n pertahanan Brazil David Luiz pada 2014 sambil turut memintas rekod pemain Inggeris termahal sebanyak £49 juta (RM272 juta) yang menjadi yuran perpindaha­n Raheem Sterling pada 2015.

Walker yang menyarung jersi kebangsaan England sebanyak 27 kali, dilaporkan bakal menerima gaji sebanyak £150,000 (RM834,449) seminggu.

Dia mengukuhka­n kedudukan selaku pertahanan kanan utama buat Spurs sepanjang dikendalik­an Mauricio Pochettino, tetapi hubungan kedua-duanya bertukar dingin menjelang hujung musim.

Kieran Trippier dipilih untuk menggantik­an Walker pada pertemuan separuh akhir Piala FA menentang Chelsea dan namanya turut tidak disenaraik­an apabila bertemu Arsenal pada minggu berikutnya.

Kehadiran

Walker akan mengubat luka Guardiola selepas beliau tidak berjaya memujuk pertahanan Brazil Dani Alves yang memilih untuk bersama PSG dari Juventus.

Guardiola gagal memenangi sebarang kejuaraan buat kali pertama sebagai pengurus musim lalu dan mengaku beliau mungkin sudah dipecat jika mengendali­kan pasukan seperti Barcelona atau Bayern Munich.

Guardiola dikatakan mahu terus berbelanja dan menyasarka­n untuk membawa masuk pertahanan Monaco Benjamin Mendy.

Kehadiran pemain antarabang­sa Perancis berusia 22 tahun itu akan melengkapk­an usaha Guardiola untuk mengukuhka­n benteng pertahanan­nya

 Citizens sanggup belanja RM300 juta

dapatkan khidmat Walker

apatah lagi beliau membenarka­n Pablo Zabaleta, Bacary Sagna dan Gael Clichy untuk berpindah ke kelab baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia