Harian Metro

Nelson ada gaya pemain utama Arsenal

-

Sydney: Pengurus Arsenal Arsene Wenger berkata, pemain remaja Reiss Nelson sudah semakin hampir untuk berada dalam skuad utama selepas mempamer persembaha­n meyakinkan ketika Gunners menang 2-0 pada perlawanan persahabat­an di Australia.

Pemain berusia 17 tahun itu bermain seperti seorang bintang dan sering mengkucar-kacirkan pertahanan Sydney FC menerusi larian pantas dan skil hebat.

Ketika Alexandre Lacazette mencuri tumpuan dengan gol pada penampilan pertamanya bersama Arsenal, aksi Nelson membuatkan Wenger tersenyum bangga.

“Saya sudah lama bergeluman­g dengan profesion ini dan saya dapat tahun sama anda memiliki keyakinan untuk bermain atau tidak,” kata Wenger.

“Semua mereka bertindak cemerlang hari ini, Reiss Nelson, Joe Willock semuanya mempamer kematangan. Mereka masih muda, hanya 17 atau 18 tahun dan apa yang mereka persembahk­an ini sangat meyakinkan.”

Nelson bermain sebanyak 35 kali bersama skuad remaja Arsenal musim lalu dan menjaringk­an tujuh gol selain turut disenaraik­an untuk skuad B-17 England.

Gunners akan terus berada di Sydney untuk menentang juara Liga Juara-Juara Asia 2014 Western Sydney Wanderers di Stadium Olimpik hari ini dan Wenger turut terharu dengan sambutan yang diberikan penyokong kelabnya di Australia.

“Terdapat kira-kira 80,000 penyokong hadir menyaksika­n perlawanan dan ia membuktika­n betapa kami turut mempunyai sokongan di Australia,” katanya.

Wenger memuji penjaga gol Sydney FC Andrew Redmayne dan menganggap­nya sebagai pemain terbaik perlawanan selepas beberapa kali menyelamat­kan gawangnya daripada terus dibolosi jentera depan Gunners. - AFC

 ??  ??
 ??  ?? NELSON (kanan) beraksi buat kali pertama untuk Arsenal.
NELSON (kanan) beraksi buat kali pertama untuk Arsenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia