Harian Metro

Peledak tempatan bukti ketajaman

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kemampuan skuad bawah 22 tahun (B-22) menewaskan Myanmar 2-0 pada perlawanan persahabat­an di Stadium Shah Alam, kelmarin membuktika­n Malaysia tidak ketandusan penyerang tempatan sebagaiman­a dicanangka­n jurulatih Harimau Malaysia Nelo Vingada.

Walaupun perlawanan itu sekadar aksi persahabat­an, bekas jurulatih Harimau Muda dan Kedah Azraai Khor Abdullah berkata perlawanan itu berjaya menonjolka­n beberapa pemain yang layak dipertimba­ngkan Vingada untuk menyarung jersi skuad senior negara.

“Siapa kata kita tidak ada penyerang?” tanya Azraai. “Kita bukan sekadar jaring dua gol tapi lebih penting penyerang muda tempatan membuktika­n mereka mampu bermain baik.

“Ya, itu hanya perlawanan persahabat­an tapi sekurang-kurang ia menunjukka­n kepada kita Malaysia memiliki penyerang, cuma perlu digilap.

“Saya sanggah pandangan Vingada yang kita ketandusan penyerang tempatan. Persoalann­ya sama ada beliau berani untuk mencuba atau tidak.

“Saya harap Vingada membuka mata ke atas beberapa pemain muda dalam skuad (Datuk) Ong Kim Swee yang bermain semalam (kelmarin) serta memberi mereka peluang berada dalam pasukan kebangsaan,” katanya.

Azraai menamakan penyerang muda Kedah Shafiq Ahmad dan pemain FELCRA FC N Thanabalan sebagai pemain yang paling menonjol di bahagian serangan dalam perlawanan kelmarin.

“Saya sangat tertarik dengan permainan Shafiq dan Thanabalan. Kedua-dua pemain ini memiliki skil, kawalan bola serta ketepatan

(gambar)

masa semasa membuat serangan.

“Kita dapat lihat, mereka berani memegang bola, menggelece­k serta melakukan percubaan ke arah pintu gol lawan. Ini ciri-ciri penyerang yang kita mahukan dalam skuad kebangsaan.

“Saya yakin jika mereka diberi peluang lebih kerap bermain sama ada oleh kelab masing-masing atau pasukan kebangsaan, kedua-dua pemain ini mampu memikul tanggungja­wab sebagai penyerang utama negara.

“Tapi, selagi kita takut mencuba pemain baru dan asyik bergantung pada muka lama, sampai sudah masalah ini tidak akan selesai,” ujar Azraai.

Sementara itu bekas penyerang kebangsaan, Datuk Hassan Sani berkata Vingada perlu bersabar dalam melahirkan seorang penyerang berkualiti.

“Saya nampak ada seorang dua pemain yang agak menonjol dalam perlawanan menentang Myanmar tapi medan sebenar untuk Vingada membuat penilaian adalah Sukan SEA,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia