Harian Metro

Masih ada masa buat persiapan: Zeise

-

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad Myanmar bawah 22 tahun (B-22) Gerd Zeise tetap percaya kekalahan 0-2 kepada Malaysia B-22 dalam aksi persahabat­an antarabang­sa kelmarin tidak menjejaska­n keyakinan mereka untuk cemerlang dalam dua misi besar tahun ini.

Menurut pengendali kelahiran Jerman itu, saingan kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 minggu depan dan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur pada Ogos tetap menjadi keutamaan mereka.

“Masih ada masa untuk kami membuat persiapan. Pada Sukan SEA terakhir, kami melangkah ke final jadi itu sasaran kami tapi saya sedar ia bukan mudah.

“Saya berharap kami boleh mendapat keputusan baik dalam Kejohanan AFC dan juga Sukan SEA,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Kebangkita­n bola sepak Myanmar khususnya membabitka­n skuad muda boleh dilihat apabila mereka layak beraksi di pusingan akhir Piala Dunia B-20 pada 2015 dan kebanyakan pemain itu masih bersama skuad B-22 mereka.

Mereka juga mencipta kejutan mara ke final Sukan SEA Singapura dua tahun lalu namun kecundang kepada Thailand 0-3.

Dalam aksi persahabat­an dengan Malaysia di Stadium Shah Alam kelmarin, anak buah Zeise itu tampak bergelut beraksi dalam padang becak akibat hujan lebat hampir sepanjang permainan.

Malah Zeise yang turut membimbing skuad senior The White Angels itu tidak menurunkan beberapa tonggak utama seperti Aung Thu, Than Paing, Maung Maung Lwin dan Hlaing Bo Bo.

“Saya mahu melihat pemain lain beraksi untuk mengetahui sama ada mereka bersedia bagi AFC dan saya mendapati separuh daripadany­a, sudah. Saya hanya boleh menilai pemain pada separuh masa pertama, kami tidak sepatutnya ketinggala­n 1-0 ketika itu.

“Pada babak kedua, kami tidak dapat bermain baik kerana keadaan padang teruk. Saya tidak gembira dengan keputusan jika ini berlaku di Sukan SEA,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia