Harian Metro

BUMBUNG TERBANG

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Insiden bumbung terbang ketika perlawanan persahabat­an antarabang­sa skuad bawah 22 tahun negara (B-22) dengan Myanmar B-22 di Stadium Shah Alam kelmarin menimbulka­n persoalan mengenai tahap persediaan venue itu bagi penganjura­n Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, bulan depan.

Penonton dan pemain dikejutkan dengan serpihan bumbung stadium yang pecah akibat angin kuat sehingga memaksa perlawanan dihentikan selama tiga minit pada minit ke-37.

Meskipun tiada insiden tidak diingini berlaku ke atas mereka yang hadir di stadium kelmarin namun Exco Sukan, Kebudayaan dan Pembanguna­n Usahawan Negeri Selangor Amirudin Shari memandang serius masalah itu.

Beliau yang meninjau keadaan terkini stadium memberi jaminan masalah bumbung stadium bocor itu akan diatasi segera menerusi anggaran kos baik pulih sehingga RM600,000 selepas perbincang­an dengan pihak pengurusan stadium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Stadium itu sudah berusia lebih 20 tahun, sewajarnya dibaik pulih, memang kita sudah ganti kawasan bumbung yang kosong lebih kurang 1,000 keping sebelum ini tapi malangnya ada kawasan baru yang berlubang malam tadi (kelmarin), pecah terbang ke kawasan tempat duduk penonton dan ke atas padang sehingga menyebabka­n perlawanan tertangguh.

“Apa yang berlaku amat minimum walaupun permainan dihentikan seketika tapi kita tak pandang mudah. Kita akan lihat kos baik pulih tapi saya rasa lebih kurang RM500,000 hingga RM600,000.

“Kita cuba secepat mungkin untuk membaiki bahagian bumbung ini kerana ia penting terutama di bahagian lampu yang sudah dinaik taraf,” katanya yang turut memohon penganjur Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Kementeria­n Belia dan Sukan dapat membantu dari segi kewangan bagi tujuan baik pulih ini.

 Amirudin pandang serius insiden bahaya itu

Stadium Shah Alam yang mempunyai kapasiti 80,000 penonton ini bakal menjadi venue Kumpulan A Sukan SEA, membabitka­n Malaysia, Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.

Selain masalah bumbung, hujan lebat kelmarin menyebabka­n beberapa kawasan padang ditakungi air, bagaimanap­un perlawanan tetap diteruskan dengan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mencatat kemenangan 2-0.

“Kita pernah jadi tuan rumah dua perlawanan akhir Piala Malaysia dan Piala FA dalam tempoh dua tahun ini. Perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsun­g dalam hujan, tapi masih boleh diteruskan namun pihak pengurusan akan ambil langkah segera bagi memastikan stadium ini boleh digunakan untuk Sukan SEA,” kata Amirudin.

 ??  ?? AKSI persahabat­an skuad B-22 negara menentang Myanmar tertangguh tiga minit gara-gara serpihan bumbung stadium tertanggal.
AKSI persahabat­an skuad B-22 negara menentang Myanmar tertangguh tiga minit gara-gara serpihan bumbung stadium tertanggal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia