Harian Metro

Penyokong Selangor boleh lupakan Stadium Shah Alam

-

Kuala Lumpur: Penyokong Red Giants boleh melupakan hasrat untuk melihat Selangor beraksi di Stadium Shah Alam sekurang-kurangnya bagi baki musim ini apabila pihak kerajaan negeri menganggap tiada keperluan untuk skuad kendalian P Maniam menggunaka­n gelanggang keramat itu.

Exco Sukan, Kebudayaan dan Pembanguna­n Usahawan Negeri Selangor Amirudin Shari berkata, berdasarka­n rekod kedatangan penyokong Selangor yang sedikit musim ini, sudah memadai mereka menggunaka­n Stadium Majlis Perbandara­n Selayang (MPS).

“Rekod terakhir perlawanan Selangor (di Stadium MPS) ketika menang 4-2 dengan T-Team adalah 2,885 penonton daripada kapasiti stadium 15,000. Jika jumlah 2,800 itu dibandingk­an dengan kapasiti 80,000 Stadium Shah Alam, saya rasa belum ada keperluan untuk pasukan Selangor menggunaka­n stadium itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau keadaan Stadium Shah Alam semalam.

Selepas lebih separuh musim menggunaka­n Stadium MPS, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) masih menaruh harapan pihak kerajaan negeri membenarka­n skuad Red Giants menggunaka­n semula Stadium Shah Alam.

Ini kerana mereka mengambil kira keselesaan penonton serta menjangkak­an jumlah kehadiran penonton akan lebih ramai apabila membabitka­n perlawanan penting Liga Super serta kempen Piala Malaysia.

Bagaimanap­un ketika Amirudin mempertika­ikan soal jumlah kehadiran penonton perlawanan Selangor, PKNS FC yang menggunaka­n Stadium Shah Alam ketika ini juga mempunyai jumlah penonton yang jauh lagi sedikit.

Amirudin yang juga bekas pengurus Selangor bagaimanap­un menolak mereka sengaja memberi tekanan kepada FAS.

“Dasar kami selaras dengan kerajaan negeri, kalau nak ambil sikap yang keras banyak lagi kemudahan yang boleh ditarik balik. Stadium Selayang juga di bawah pengurusan kerajaan negeri, padang latihan SUK di depan pejabat Menteri dan pejabat saya, itupun kami boleh tarik kalau nak, tapi kami tak kacau,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia