Harian Metro

Nantikan kebangkita­n Melaka

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

 Morais kehilangan beberapa tonggak untuk pertembung­an dengan Sarawak

Bakal ada rombakan kecil dalam kesebelasa­n utama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada pertembung­an menentang Sarawak dalam aksi Liga Super di Stadium Larkin, malam ini.

Pengendali skuad Harimau Selatan, Ulisses Morais berkata, pasukan itu tidak dapat menggunaka­n khidmat Amirul Hadi Zainal, Muhd Fazly Mazlan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham selepas ketiga-tiga pemain itu digantung satu perlawanan kerana mengumpul tiga kad kuning.

Bagaimanap­un, pengendali kelahiran Portugal itu tampak tidak cemas dengan ketiadaan Fazly dan Azrif di bek kiri kerana percaya pengganti yang bakal diturunkan mampu menggalas tugas mengemudi posisi berkenaan.

“Saya kehilangan dua pemain yang sering beraksi di posisi bek kiri tapi tidak perlu panik kerana bakal ada pengganti yang baik.

“Kami akan sekali lagi menentang Sarawak dan kemenangan 2-0 ketika menewaskan mereka pada aksi Piala Malaysia sudah tinggal sejarah dan pertembung­an liga pasti berbeza kerana mereka juga mahukan kemenangan apabila dibimbing jurulatih baru.

“Sarawak mungkin menurunkan barisan terkuat malah Melaka: Peningkata­n prestasi Melaka United pada pusingan kedua Liga Super seharusnya menjadi penanda aras kesungguha­n skuad bimbingan Eduardo Almeida untuk menewaskan Pulau Pinang di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.

Pengurus pasukan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, walaupun tewas 2-4 kepada Kedah yang juara Piala Malaysia minggu lalu, mereka berjaya menewaskan Kelantan selain seri dengan PKNS FC dan Johor Darul Ta’zim pada aksi pusingan kedua Liga Super dan Piala Malaysia, sekali gus menjanjika­n kebangkita­n buat skuad Hang Tuah.

Menurutnya, apa yang saya jangkakan pemain import mereka, Mateo Roskam yang tidak diturunkan ketika menentang kami pasti bermain kali ini, jadi kami harus berwaspada.

“Pemain juga usah terlalu memikirkan memburu kejuaraan liga walaupun itu sasaran kami,” katanya. perlu dielakkan adalah sikap terlalu yakin untuk memenangi perlawanan kerana boleh mengundang padah.

Katanya, beliau melihat skuad Harimau Kumbang juga memiliki corak permainan yang baik menerusi kehadiran muka baru sempena jendela perpindaha­n pemain, Jun lalu.

Sehubungan itu, Yusoff menasihatk­an anak buahnya supaya tidak terlalu bergantung kepada pemain tertentu saja kerana perlawanan hanya boleh dimenangi jika keseluruha­n pasukan memberikan yang terbaik.

Pada saingan pusingan pertama lalu, Melaka sekadar terikat 1-1 ketika beraksi di Pulau Pinang. Justeru beliau mahu pemain memanfaatk­an kelebihan bermain di laman sendiri kali ini.

 ??  ?? PEMAIN Johor DT meraikan kemenangan ke atas Pahang.
PEMAIN Johor DT meraikan kemenangan ke atas Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia