Harian Metro

Mana Lebih Mewah - TV atau Filem?

-

Ada pelakon drama dilihat mampu hidup mewah meskipun baru setahun jagung berlakon

“Kalau bercakap soal pelakon TV hidup mewah, saya tak pasti mewah dari segi apa. Cuma kalau dari segi bayaran, apa yang saya tahu pelakon utama filem dibayar lebih tinggi kerana bajet lebih besar.

Kalau dari segi kehidupan dan gaya hidup pula, bagi saya tak ada yang berbeza. Cuma setiap orang ada pendekatan dan cara berbeza dalam mempamer kemewahan dimiliki. Mungkin ada yang suka menunjuk dan ada selesa bersederha­na.

Apa saya boleh katakan, kemewahan seseorang pelakon itu bukan diukur daripada dia pelakon TV atau filem. Perkara ini sangat umum untuk diperkatak­an.” banyak drama.

Namun dari segi populariti tak dinafikan pelakon TV lebih menyerlah. Semakin kerap muncul, nama mereka lebih dikenali. Faktor itu juga membolehka­n mereka dipilih klien menjadi duta produk.” tahu, pelakon TV dibayar mengikut jumlah episod yang dilakonkan dalam sesebuah drama. Jika jumlah episod banyak dan nilai bayaran pelakon itu tinggi, bayaran diterima lebih besar. Begitu juga sebaliknya.

Secara peribadi, saya memilih berlakon filem kerana boleh membuat persediaan rapi bagi setiap babak. Berbanding drama, seseorang pelakon terikat dengan banyak babak dalam sehari.” populariti yang boleh menuju ke arah hidup mewah. Sebagai contoh berlakon dalam slot yang popular dan cerita adaptasi novel.

Dari situ mereka dicintai penonton sekali gus boleh menggunaka­n peluang itu untuk membuat pendapatan sampingan dengan menghasilk­an produk sendiri, jenama, makanan dan sebagainya. Dari situ juga mereka boleh menjana pendapatan untuk hidup lebih mewah.

Kalau ikutkan berlakon filem atau drama sama saja dari segi gaji yang tak banyak mana pun seperti difikirkan orang sekeliling. Malah ada ketika tak berbaloi pun dengan masa bekerja dan tenaga yang digunakan.

Cuma macam mana cara kita belanjakan pendapatan itu, terpulang kepada individu. Ada yang memang niat nak kaya sejak usia 10 tahun, ada bersikap boros setiap kali dapat gaji sehingga habis semua simpanan.

Ada juga yang sanggup berhabis semata-mata untuk membeli pakaian bagi menjayakan sesebuah drama. Jadi ia bergantung kepada individu itu sendiri.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia