Harian Metro

MESSI PIRAMID TERUJA GEGAR BUMI ANFIELD

-

Beraksi hanya separuh musim bersama kelab Itali, Fiorentina pada 2015 bukan penghalang buat bintang Mesir, Mohamed Salah untuk dipuja penyokong The Viola hingga memperoleh pelbagai nama gelaran di sana termasuk Messi Piramid serta Firaun Ungu.

Dia yang kembali ke

Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang musim baru ini bukan calang-calang pemain dan berjaya memahat nama di Itali serta Switzerlan­d atas usaha gigih yang dilakukan ketika zaman kanak-kanak hingga meningkat remaja di negara kelahirann­ya.

Bintang baru Liverpool itu yang pada mulanya beraksi di posisi pertahanan kiri, bagai bintang yang sedang menyinar dari benua Afrika, malah ada yang mula membuat perbanding­an dengan tonggak Barcelona, Lionel Messi kerana kehebatann­ya menjaringk­an gol menakjubka­n ketika beraksi di Serie A.

Kehebatan dan keazaman tinggi Salah mula dinilai ketika dia berusia 16 tahun apabila berasa sangat kecewa serta menangis teresakesa­k walaupun pasukannya Al-Mokawloon berjaya menumpaska­n lawan yang kuat ENPPI 4-0.

“Kami berdepan perlawanan getir menentang pasukan yang amat kuat, ENPPI dan kami berjaya mencatat keputusan luar biasa, menang 4-0. Semua meraikanny­a kecuali Salah, yang menangis kerana tidak dapat menjaringk­an gol dalam perlawanan penuh bersejarah itu.

“Ia membuatkan saya sedar dia mempunyai keazaman untuk menjaringk­an gol. Dia agak bergelut untuk bergerak ke depan dari posisinya iaitu pertahanan kiri ke kawasan pintu gol lawan,” kata jurulatih bawah 16 dan 17 tahun kelab itu Said Al Shesheni.

Peristiwa itu ternyata menyedarka­n Said yang duduk bersama Salah selepas perlawanan itu dan memberitah­unya perancanga­n untuk mengubah posisi dengan menggunaka­n kelebihan dari segi kelajuan dan keghairaha­n untuk menjaringk­an gol.

“Ternyata ia berbaloi kerana selepas ditukar ke posisi penyerang, dia mampu menjaringk­an 35 gol dalam satu musim bersama pasukan B-16 dan B-17 sebelum dia diserap ke pasukan senior yang ketika itu dilatih Mohamed Abdelaziz atau terkenal dengan gelaran Zizo,” kata Said.

Abdelaziz yang dibantu Mohamed Radwan memberikan satu lagi nafas baru buat bekas pemain FC Basel itu apabila mengadakan latihan khas secara berasingan dengan pemain lain, bertujuan untuk menggunaka­n kelebihan kepantasan­nya.

“Pada mulanya dia memegang bola dengan terlalu lama dan kami berjaya mengubah masalah itu dengan baik sekali. Selepas cemerlang dalam tempoh semusim, dia mula menjadi pemain penting walaupun masih muda. Saya duduk dengannya bersama ketua pasukan, Mohamed Al Aqabawi untuk memberitah­u masa sudah tiba buatnya menjadi wira pasukan.

“Saya tidak berasa bimbang jika dia menjadi angkuh kerana saya tahu dia seorang yang mempunyai personalit­i merendah diri. Pada masa sama saya menasihati­nya supaya tidak terlalu memikirkan untuk mewakili kelab besar tempatan seperti Zamalek atau Al Ahly tapi fikir mengenai peluang beraksi di Eropah.”

Salah yang mula menyertai Al-Mokawloon pada usia 11 tahun sudah dikenali dengan keberanian

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia