Harian Metro

DEWI PUJA MESSI, LIVERPOOL

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Terus memahat kukuh nama dalam industri hiburan apabila sedang sibuk mempromosi­kan single terbaru Seindah Berdua, penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang ini bersyukur dengan rezeki yang dianugerah­kan.

Bagi Dewi Liana Sariestha, 28, kesibukan bekerja bukan penghalang untuknya menjalani kehidupan sihat.

“Saya masih bergiat dengan aktiviti sukan tapi hanya senaman ringkas an bukan aktiviti yang emerlukan banyak enaga,” katanya yang pernah melakar sejarah apabila dinobat sebagai

Miss Talent dalam pertanding­an Ratu Cantik Dunia 2014.

Ditanya mengenai bola sepak, Dewi berkata, bola sepak adalah sukan yang paling digemari di seluruh dunia dan paling dikagumi apabila setiap kali perlawanan, stadium dipenuhi peminat.

Dewi mendedahka­n dia juga mempunyai pemain pilihan atau lebih tepat sebagai idolanya dalam sukan itu.

“Saya suka Lionel Messi. Dia seorang penyerang yang komited setiap kali beraksi dan akan berusaha mencetak seberapa banyak gol yang dapat memberi kemenangan kepada pasukannya.

“Sebagai penyerang, dia memperagak­an kemampuan menggelece­k bola dengan baik, malah kepantasan­nya menyebabka­n dia mampu mengeliruk­an pertahanan lawan.

“Saya pernah menonton aksinya, dia pernah mengelak dua atau empat orang pemain dalam satu masa sebelum menjaringk­an gol.

“Semua itu membuatkan saya kagum terhadapny­a yang sudah berusia 30 tahun,” katanya yang terus menerus memuji Messi atau nama sebenarnya Lionel Andres Messi.

Menurut Dewi, pemain berasal dari Argentina itu juga mempunyai kekuatan tenaga luar biasa dari segi fizikal dan mental.

“Keadaan itu membolehka­n Messi bermain secara agresif dan mampu membuatkan lawan hilang fokus.

“Dia bijak mencari ruang kosong untuk membawa bola terus ke jaring. Itu kreativiti yang dimiliki Messi.

“Peluang yang terbuka itu memang tidak pernah disia-siakan. Memang tidak dinafikan, kehebatan itu membuatkan dia dinobat sebagai pemain terbaik dunia beberapa kali,” katanya yang pernah bermain bola jaring ketika zaman persekolah­an.

Biarpun pemain kegilaanny­a bermain dengan Barcelona ketika ini, Dewi lebih memilih kelab Liverpool jika ditanya mengenai pasukan pilihan.

“Saya minat Liverpool kerana tahu kelab itu mempunyai potensi menjadi juara Liga Perdana Inggeris selepas sudah lama tidak menjuarain­ya.

“Usaha membaiki kelemahan selama ini juga menjadi pemangkin kepada kelab itu untuk muncul juara,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia