Harian Metro

‘REJAMAN’ DELAP PUKAU BENTENG LAWAN

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) agak gementar jika berdepan Stoke City satu ketika dulu, bukan kerana corak permainan keras mereka namun mempunyai seorang pemain luar biasa, mampu melakukan lontaran ke dalam sama seperti membuat hantaran lintang ke dalam petak penalti.

Tidak lain tidak bukan pemain yang dimaksudka­n itu adalah Rory Delap, iaitu bekas juara merejam lembing di sekolah dengan kelebihan mampu melakukan lontaran ke dalam paling jauh dan sangat digeruni dalam saingan bola sepak.

Bekas pengurus Aston

Villa dan Sunderland, Martin O’Neill menganggap lontaran yang dilakukan oleh Delap menyamai sepakan penjuru ataupun bebas, kerana mampu dilakukan sejauh 30 hingga 40 meter serta mampu mencapai kelajuan hingga 60kmj.

Kebanyakan pakar termasuk bekas pengurus Stoke, Tony Pulis mengakui teknik yang dilakukan oleh Delap menitikber­atkan jarak dan kerataan lontaran hingga memeningka­n tonggak pertahanan lawan.

“Ia menimbulka­n banyak masalah kepada pertahanan lawan, saya rasa mungkin kerana terlalu rata. Lontaranny­a tidak terapung di udara tapi sangat rata dan memberi kesukaran buat pertahanan untuk menangkisn­ya,” kata Pulis.

Bekas pemain Chelsea, Mario Melchiot menganggap kebolehan Delap itu sebagai ‘lontaran dari neraka’ dan ‘senjata luar biasa,’ dengan mengakui tidak ada pemain di EPL mampu melakukan sebegitu.

Bagi menambah momentum lontaran itu,

Delap akan mengambil empat langkah ke belakang dari papan iklan, diikuti dengan satu lontaran padu.

Keadaan kaki depan (kebiasaan kaki kiri) mencengkam kukuh di permukaan tanah untuk membolehka­n segala momentum ke depan, seterusnya terjadi satu lontaran padu sebaik bola dilepaskan.

Delap mengakui dia tidak melakukan sebarang latihan menguatkan bahagian atas badannya, sebaliknya menggunaka­n bahu dan otot bawah belakang badan bagi menambah kekuatan lontaran.

Bekas pengurus Everton, David Moyes menganggap Delap sebagai ‘manusia tangan buaian’ kerana membantu Stoke menumpaska­n Arsenal 2-1 di Stadium Britannia pada 1 November 2008, dengan gol pertama berpunca lontaran sejauh 45 meter terarah ke petak penalti.

Seorang lagi bekas pengurus di EPL, Luis Felipe Scolari berasakan teknik

Delap sungguh luar biasa dan menasihatk­an penjaga gol tidak cuba untuk merebut bola itu.

“Saya rasa lontaranny­a lebih baik berbanding sepakannya. Saya tidak pernah lihat perkara seperti ini dalam hidup saya. Mungkin ini tidak cantik dalam bola sepak tapi ia amat efektif,” ujar Scolari.

Beberapa pasukan cuba mematahkan teknik lontaran Delap termasuk Hull City pada 29 November 2008 apabila penjaga gol Boaz Myhill yang menyepak terus bola bagi menghadiah­kan sepakan penjuru.

Dean Windass pernah menerima layangan kad kuning apabila melakukan tindakan tanpa semangat kesukanan kerana memanaskan badan berdekatan Delap yang sedang bersedia untuk melakukan lontaran.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia