Harian Metro

FAFA TAGIH TOK GAJAH KONSISTEN

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Berjaya muncul naib juara Piala FA dan menduduki tempat kedua Liga

Super setakat ini, masih belum memuaskan hati peminat setia Pahang,

Fafa Amna Abdul Manap yang menganggap skuad bimbingan Dollah Salleh itu kurang memberangs­angkan berbanding pada awal musim.

Menurut gadis kelahiran Kuantan itu, ia berdasarka­n pemerhatia­nnya yang kerap turun ke Stadium Darul Makmur untuk memberikan sokongan kepada skuad Tok

Gajah namun sejak aksi bersambung semula selepas rehat panjang Pahang dilihat kurang konsisten.

“Mungkin Pahang perlu mencari rentak baru bagi mengukuhka­n lagi kedudukan dalam saingan Liga Super serta beraksi cemerlang di kempen Piala Malaysia,” katanya yang berusia 25 tahun.

Fafa Amna tidak menyalahka­n perancanga­n Dollah sebaliknya menganggap jurulatih berpengala­man itu adalah kunci serta kelebihan buat Tok Gajah.

“Setiap kejayaan dan kemenangan yang dicatat oleh Pahang setakat ini saya lihat banyak berpunca daripada kehebatan dua tonggak import, Matheus Alves dan Mohamadou Sumareh.

“Bagi saya kelemahan yang perlu diperbaiki setakat ini adalah di benteng pertahanan. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah menurunkan pemain yang lebih agresif,” katanya.

Setakat ini yang berjaya menambat hatinya dalam skuad Pahang hanya

Alves selepas penyerang kelahiran Brazil itu berjaya meledak 14 gol dalam perlawanan Liga Super.

“Saya memuji kehebatann­ya selepas berjaya menyesuaik­an diri dengan pemain yang ada dan dilihat begitu bahaya dalam petak penalti apabila menjadi penjaring terbanyak Pahang setakat ini,” katanya.

Sebagai peminat setia Pahang, Fafa Amna tetap tidak boleh melupakan aksi tangkas bekas penjaga gol Khairul Azman Mohamed yang kini menjadi jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

“Beliau penjaga gol terbaik pernah dimiliki Pahang. Bagaimanap­un, saya tetap tidak melupakan tonggak sekarang yang tidak kurang mempunyai aura tersendiri. Saya amat mengagumi kapten Matthew Davies,” katanya.

Baginya, Davies seorang ketua pasukan yang amat bagus dan masih setia bersama Pahang walaupun di zaman kejatuhan musim lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia