Harian Metro

MEMORI ALLAHYARHA­M MOKHTAR TAKKAN PUDAR

-

terhadap bidang sukan yang dicintainy­a. Semoga roh Allahyarha­m ditempatka­n dalam kalangan orang yang beriman.

Semangat bola sepak yang dimiliki Mokhtar cukup terasa di hari pengebumia­nnya dengan kehadiran bintang bola sepak tempatan berlainan era, termasuk Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Fandi Ahmad, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh.

Terima kasih ingin kita ucapkan kepada semua penyelaras media sosial masa kini yang terus mengingati dan menghargai jasa Allahyarha­m untuk dijadikan warisan kecemerlan­gan bola sepak Malaysia dalam kalangan pemain generasi baru.

Tempoh karier 15 tahun dengan 11 pingat kejuaraan Piala Malaysia membuktika­n kewibawaan Mokhtar dalam mengekalka­n prestasi tinggi secara konsisten. Jumlah 177 gol dalam 375 penampilan bersama pasukan tunggalnya Selangor, seharusnya menjadi contoh cabaran buat manamana pemain bola sepak profesiona­l.

Apabila mengenang kehebatan Mokhtar dan Selangor pada zamannya, saya juga terimbau reputasi tersendiri yang dikaitkan dengan pasukan Pantai Timur, Kelantan, Pahang dan Terengganu dalam saingan bola sepak tempatan.

Masih terbayang corak permainan pantas dan menyerang yang ditampilka­n oleh Kelantan ketika menumpaska­n Selangor 5-4 di Stadium Merdeka dalam Piala Emas Raja-Raja pada pertengaha­n 1980-an.

Ciri permainan ‘berani’ agresif dan kreatif Kelantan cukup terkesan buat saya hingga zaman Hashim Mustapha, Wan Azrani dan Wan Azila Daud, Salim Mahmud, Zulkifli Abdullah dan Zahasmi Ismail ketika itu.

Sebelum munculnya kebangkita­n pasukan seperti Kuala Lumpur, Kedah dan Johor DT, cabaran pasukan Pantai Timur dalam kancah Piala Malaysia nyata istimewa. Lazimnya, ada rasa gerun bagi pasukan lain, apatah lagi apabila bertandang ke Kota Bharu, Kuantan dan Kuala Terengganu.

Malangnya, pada pandangan saya prestasi pasukan Pantai Timur agak pudar kebelakang­an ini dan tidak begitu sesuai lagi untuk dipadankan dengan tajuk akhbar seperti “Badai Pantai Timur”, “Ribut Monsun”, “Dipukul Tengkujuh” dan lain-lain.

Untuk musim ini misalnya, Pahang cuba mengembali­kan cabaran sengit tetapi ketinggala­n sembilan mata di belakang pendahulu Johor DT (setakat 11 Julai 2017) manakala Terengganu beraksi dalam Liga Perdana biarpun berpeluang baik untuk kembali ke Liga Super musim depan.

Bola sepak Kelantan benar-benar menyinar lima tahun lalu apabila jenama TRW di bawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa digilap dengan kejuaraan berganda, Liga Super dan Piala Malaysia pada 2012.

Saya percaya reputasi unik pasukan Pantai

Timur perlu dan penting untuk dikekalkan, secara tidak langsung menambah saingan sengit liga bola sepak tempatan, khususnya untuk peningkata­n kualiti permainan dan pengurusan dalam kalangan pasukan Liga Super.

Barangkali, identiti permainan pasukan Pantai Timur ikut berubah dengan cara pengurusan yang seolah-olah terbelengg­u dengan pelbagai isu dan kontrovers­i. Diharapkan, reputasi garang bola sepak Pantai Timur masih sempat untuk ‘dipulihkan’ dalam kerancakan jadual padat Liga Super dan Piala Malaysia bulan ini. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia