Harian Metro

HAFIZ TERHARU, SEBAK

-

Kisah seorang kanakkanak, Mohd Ariffudin Mohd Nor Hafis, 9, yang terlalu ingin berjumpa pemain idolanya Hafiz Kamal benar-benar menyentuh hati Spy Bola.

Apa yang membuat Spy Bola amat terkesan adalah keadaan Ariffudin yang kini sedang menderita kanser tisu tahap empat yang boleh mengakibat­kan matanya buta dalam masa terdekat.

Jadi, menurut ibunya, Nor Azlin Mohamad, sebelum hilang penglihata­n, Ariffudin ingin menyempurn­akan hajat bertentang mata dengan Hafiz.

Spy Bola segera menghubung­i Hafiz sebaik saja hasrat Ariffudin itu disiarkan di muka depan Harian Metro pada Rabu

(12 Julai) lalu. Ternyata, Hafiz juga amat terharu selepas membaca berita itu.

“Saya berasa sebak serta sangat bersimpati dengan nasib adik itu. Apatah lagi bila mengetahui dia peminat setia serta ingin menemui saya.

“Saya akan berusaha untuk memenuhi hajatnya itu, cuma sedang mencari masa yang sesuai kerana sekarang sibuk dengan perlawanan bola sepak.

“Selepas perlawanan dengan Selangor semalam (Selasa), kami akan ke Kota Bharu untuk perlawanan menentang Kelantan pada Sabtu (hari ini) dan selepas itu akan singgah di Jengka (Pahang) pula untuk menentang FELDA United pada 18

Julai.

“Jadual padat ini berterusan hingga bulan Ogos sebelum berehat untuk Sukan SEA. Saya akan berbincang dengan pengurusan pasukan serta mencari jalan terbaik untuk memenuhi hajat Ariffudin itu,” kata Hafiz.

Pada masa sama Hafiz berharap penyokong bola sepak di seluruh Malaysia turut membantu meringanka­n beban Ariffudin dengan menghulurk­an sumbangan melalui akaun Nor Azlin (Maybank 1628430657­03).

Spy Bola: Teringin jumpa Cristiano Ronaldo.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia