Harian Metro

BAJU TEMPAH JADI TARIKAN

- Norhadiani Baharom yaniebahar­om@gmail.com

Fauzy hasil label sendiri selepas ramai rakan bertanya dari mana dia beli pakaian

ALQadry Exclusive, ramai yang tidak tahu jenama pakaian baju Melayu, jubah dan kurta ini dimiliki pelakon Fauzy AL-Qadry.

Mengusahak­an perniagaan ini pada 2015 bersama sepupunya,

Fauzy tidak menyangka sambutan yang diberikan pelanggan saban tahun cukup baik.

“Setiap tahun pesanan tempahan pelanggan bertambah. Untuk musim Aidilfitri kali ini, saya terpaksa ‘restock’ tempahan tiga kali.

“Barangkali penggunaan kain kapas yang sejuk dan mudah digosok. Ia memberi keselesaan kepada pemakai dan ia ia keutamaan dalam setiap koleksi AL-Qadry.

“Kami juga menitikber­atkan soal potongan. Walaupun potongan baju kami jenis ‘slim fit’, tetapi masih tampak maskulin. Penting dalam rekaan baju Melayu, kurta mahupun jubah lelaki mengekalka­n ciriciri kelelakian. Ia tidak sepatutnya kelihatan feminin.

“Selain potongan yang memberi ilusi ‘tinggi dan kurus’ kepada si pemakai, seleksi 10 warna menarik dan terkini membuatkan ALQadry menjadi pilihan pelanggan.

“Harganya juga tidak membebanka­n bahkan saya boleh jamin ia berpatutan. Pesanan tempahan yang kami terima bukan saja di Malaysia, malah

Brunei dan Indonesia,” katanya.

Ia membabitka­n saiz paling kecil iaitu XS sehingga XL, 10 warna memukau untuk si dia yang tampan adalah merah, biru ‘royal’, jingga, ungu lembut, ungu gelap, kelabu, hijau lembut, hijau gelap, krim dan semestinya hitam.

Bercerita bagaimana perniagaan ini bermula, idea tercetus apabila baju yang ditempahny­a untuk kegunaan sendiri mendapat perhatian ramai.

“Kawan-kawan bertanya dari mana saya membeli pakaian. Oleh kerana terlalu ramai yang bertanya, saya terfikir kenapa tidak saya menghasilk­an label sendiri. Hasil perbincang­an dengan jurujahit saya, dia juga bersetuju. Lalu lahir jenama Al-Qadry Exclusive ini,” katanya sentiasa memantau kualiti pakaiannya.

Beralih kepada perkembang­an seni, Fauzy baru saja selesai menjalani penggambar­an drama Dendam Yang Tertangguh siaran TV9 arahan Jurey Rusli.

Membawakan watak sebagai Rizal, hubungan cintanya dengan teman wanita ditentang oleh keluarga kekasih kerana status Rizal sebagai anak luar nikah.

 ??  ?? Penting dalam rekaan baju Melayu, kurta mahupun jubah lelaki mengekalka­n ciri-ciri kelelakian. Ia tidak sepatutnya kelihatan feminin
Penting dalam rekaan baju Melayu, kurta mahupun jubah lelaki mengekalka­n ciri-ciri kelelakian. Ia tidak sepatutnya kelihatan feminin
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia