Harian Metro

Kebanyakan masa dengan keluarga

-

Rozita bukan merajuk dengan bidang seni

tapi lebih fokus kepada kerjaya di UiTM

dan Rozita Izlyn 99 (1999).

Rozita yang berkahwin dengan Banyjin Abdul Rashid pada 27 Disember 2002, mempunyai dua anak iaitu Nur Qasrina, 12, dan Nur Qaisara, 6, kini bekerja sebagai Penolong Pegawai Kebudayaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Bercakap kepada BLING!, Rozita, 42, berkata, dia bukan merajuk dengan bidang seni, namun, sebaliknya lebih fokus kepada kerjaya tetap yang disandangn­ya.

“Tak dinafikan, saya kini kurang terbabit dengan aktiviti nyanyian kerana mengutamak­an kerja. Kebanyakan aktiviti seni saya juga hanya tertumpu di UiTM seperti undangan menyanyi ataupun untuk majlis kerajaan.

“Aktiviti harian saya padat dengan menguruska­n anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan secukupnya di sekolah kebangsaan, sekolah agama dan tuisyen. Kebanyakan masa memang dihabiskan dengan keluarga,” katanya.

Menurutnya, dengan kemajuan teknologi sekarang, peminat dapat mencarinya di laman sosial dan bertanyaka­n perkembang­an terbarunya. Bahkan ada juga yang memintanya untuk membuat ‘comeback’ dalam nyanyian.

“Setakat ini memang tiada perancanga­n. Saya akui sesekali apabila melihat semula video lama, perasaan teringin untuk aktif itu datang juga.

“Tapi apabila memikirkan komitmen penuh yang perlu diberikan, saya berasa malas. Banyak yang perlu diutamakan terutamany­a kerja dan keluarga,” katanya yang nekad memperlaha­nkan aktiviti seninya selepas bekerja dan memiliki anak.

Pada masa sama, Rozita mengakui peningkata­n usia antara penyebab dia enggan lagi terbabit secara serius dalam nyanyian.

“Sekadar menyanyi untuk suka-suka okeylah. Bagilah peluang kepada penyanyi muda pula untuk aktif,” katanya.

Rozita juga pernah mengikuti bengkel penulisan skrip anjuran Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) yang diadakan di FINAS beberapa tahun lalu.

Namun, katanya dia hanya sekadar menambah kemahiran dan mencari ilmu baru dalam kehidupan serta belum bercadang aktif menulis skrip.

“Setakat ini, saya belum berjaya tulis satu skrip pun. Ia lebih kepada mencari pengalaman dan ilmu.

“Sebelum ini, saya berjaya menghabisk­an pengajian dalam

Sarjana Muda Muzik dari UiTM. Dua tahun lalu saya menghabisk­an pengajian dalam Sarjana Sastera (Pengurusan Persembaha­n Seni) di Universiti Kebangsaan Malaysia,” katanya.

 ??  ?? WAJAH terbaru Rozita.
WAJAH terbaru Rozita.
 ??  ?? ROZITA bersama suami dan dua anak mereka.
ROZITA bersama suami dan dua anak mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia