Harian Metro

TAK MUDAH MENINGGI DIRI

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Shukri terus ‘meneroka’ dunia lakonan untuk

mantapkan karakter dibawa

Lakonannya akhir-akhir ini kerap menerima pujian. Namanya sebagai pelakon juga semakin hari semakin disebut-sebut lebih-lebih lagi selepas kejayaan drama bersiri 7 Hari Mencintaim­u dan Andainya Takdir.

Namun, itu tidak pernah membuatkan Shukri Yahaya lekas meninggi diri, sebaliknya terus meneroka dunia lakonan dan mencari kelainan bagi dipelbagai­kan dalam setiap karakter.

“Saya bukan sudah terlalu bagus untuk meletakkan drama lakonan yang pernah dilakonkan sebagai satu ‘standard’. Namun, setiap karakter yang saya terima, saya akan gali agar kelainan boleh ditonjolka­n.

“Saya cuba sedaya upaya untuk mencantikk­an sesuatu karakter. Namun pada masa sama, saya tak mahu hanya memfokuska­n kepada diri sendiri, sebaliknya seimbangka­n dengan karakter lain juga,” katanya di set penggambar­an drama bersiri Vila Ghazara.

Menurut pelakon berusia 29 tahun ini, dia melakukan apa yang dimahukan dalam setiap karakter.

“Tentu suatu kepuasan apabila dapat buat apa yang kita inginkan dalam menjayakan sesuatu watak,” katanya.

Walaupun drama bersiri Andainya Takdir sudah melabuhkan tirai, kekuatan karakter jiwa tidak stabil yang dibawakan Shukri masih meninggalk­an kesan kepada penonton.

“Mungkin sebelum ini sudah banyak drama yang memaparkan kisah mengenai kemanisan cinta dan sebagainya.

“Jadi, apabila Andainya Takdir membawa penonton menyelami kisah yang sebenarnya wujud dalam kehidupan manusia, ia mencuri tumpuan dan menerima impak besar.

“Ketika saya ditawarkan watak sebagai Airil, saya dapat rasakan ada kelainan dalam skrip yang diterima. Lagi pula, ia diangkat daripada kisah benar,” jelasnya.

Lebih menarik, Shukri turut menerima kecaman masyarakat dalam dunia realiti.

“Ada satu hari, ketika saya membeli barangan persiapan sempena Aidilfitri, ada seorang lelaki yang datang dan mengaku, rasa marah dengan karakter Airil.

“Sejujurnya, saya sangat berpuas hati apabila menerima respons sebegitu rupa. Ertinya, lakonan saya menjadi dan memberi kesan kepada penonton,” katanya.

Selain Shukri, drama bersiri popular itu turut menggandin­gkannya dengan beberapa pelakon lain antaranya Nina Iskandar, Puteri Balqis dan Sabhi Saddi.

Kini, Shukri menjalani penggambar­an drama 40 episod berjudul Vila Ghazara.

“Selain saya, antara pelakon lain yang terbabit adalah Aidil Aziz dan Tunku Hanis. Drama ini berkisar mengenai nilai kasih sayang dan kekeluarga­an dan saya memegang peranan sebagai Haris,” katanya.

Selain itu, Shukri juga baru sahaja menerima tawaran untuk terbabit dalam filem arahan pengarah, Osman Ali.

“Semuanya masih dalam perbincang­an dan kalau semuanya berjalan lancar, ini akan menjadi filem kedua lakonan saya selepas Surf This Love yang khabarnya akan ditayangka­n dalam tahun ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia