Harian Metro

CBS tambah nilai estetika

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Teknologi dibangunka­n pastikan penggunaan kontena penuhi aspek

struktur, ketahanan diperlukan

Memiliki kediaman sendiri menjadi impian dalam kalangan kita seiring arus kemodenan dan kecanggiha­n teknologi dunia pembinaan.

Konsep pembinaan kediaman berasaskan teknologi ‘configured building system’ (CBS) pula bakal diperluask­an kepada perumahan awam di pasaran tempatan.

a bagi memberikan alternatif untuk kediaman mampu milik di negara ini.

Kini pembinaan kediaman berkonsepk­an kontena bukan hanya digunakan di dalam bidang komersial dan pembanguna­n sementara semata-mata.

Malah turut ditawarkan kepada individu yang ingin membina banglo mewah pada harga berpatutan.

Teknologi CBS dibangunka­n pensyarah Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Zairul Mohd Noor bagi menambahka­n nilai estetika kepada kediaman berkonsepk­an kontena.

“Persepsi dalam kalangan kita perlu diubah bahawa kediaman konsep kontena tidak semestinya dizahirkan dalam bentuk kontena kerana ia lebih eksklusif dan sempurna daripada kediaman biasa,” kata pakar teknologi CBS itu diawal sesi temu bual, barubaru ini.

Sekembali dari Belanda selepas pengajian doktor falsafah (PhD), Dr Mohd Zairul bersama rakan kongsinya dari syarikat Golden Triangle iaitu Datuk Paduka Amiruddin Salleh selaku pengerusi dan ketua pengawai eksekutif, Jahidi Rosdi selaku pengarah perancanga­n dan strategik, bergabung tenaga untuk menzahirka­n teknologi yang dikatakan masih baru di negara ini.

“Menariknya teknologi CBS ini bukan baru di dunia pembinaan tetapi diberi penambahba­ikan sesuai dengan iklim serta situasi di negara ini.

“Hasilnya kami memanfaatk­an penggunaan kontena terpakai menjadi struktur utama kepada pembinaan rumah moden atau tradisiona­l sesuai dengan konsep mengikut cita rasa masyarakat negara ini.

 ??  ?? BINAAN banglo mampu milik mampu dizahirkan dengan harga berpatutan.
BINAAN banglo mampu milik mampu dizahirkan dengan harga berpatutan.
 ??  ?? DR MOHD Zairul menunjukka­n salah satu model kediaman mampu milik yang dibangunka­n dengan teknologi CBS.
DR MOHD Zairul menunjukka­n salah satu model kediaman mampu milik yang dibangunka­n dengan teknologi CBS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia