Harian Metro

JANGAN GATAL TANGAN

-

Jaga tatatertib dengan tidak sesekali sentuh barang hiasan tuan rumah

Salam semua, kemeriahan Syawal masih dirasakan di mana-mana dan ramai juga dalam kalangan kita yang sibuk berkunjung ke rumah sanak saudara dan kenalan sama ada pergi beraya atau menghadiri jemputan rumah terbuka. Tidak hairan kebelakang­an ini setiap hujung minggu jalan dan lebuh raya sesak kerana ramai keluar beraya. Masakan tidaknya, sepanjang Syawal ini masanya kita kunjungmen­gunjungi untuk mengeratka­n ikatan silaturahi­m, bak kata orang raya setahun sekali.

Sejak beberapa minggu lalu saya banyak berkongsik­an artikel berkaitan sambutan hari raya. Begitu juga dengan minggu ini, masih berkisar berkenaan hari raya. Tapi kali ini saya ingin berkongsi tatatertib berkaitan dekorasi ketika menghadiri rumah terbuka atau beraya ke rumah tetamu. Berkunjung ke rumah tetamu juga ada adabnya supaya kehadiran kita dirasakan selesa oleh tuan rumah dan tidak mengundang sebarang masalah.

Selain dari tatatertib utama ketika berkunjung seperti memberi salam dan meminta izin untuk masuk ke rumah antara lainnya adalah:

1. Duduk pada ruang yang disediakan

Apabila kunjung beraya pastikan anda duduk pada bahagian ruang yang disediakan. Selalu selepas saja anda melangkah masuk, tuan rumah akan menunjukka­n atau mempersila­kan anda duduk di ruang yang disediakan. Jika tuan rumah mempersila­kan anda duduk di sofa ruang tamu maka duduk di situ dan jangan pula terus ke meja makan jika tidak dialu-alukan tuan rumah. Apabila duduk, jangan pula bangun dan berjalan menuju ruang dapur atau ke sana ke mari sebelum meminta izin tuan rumah terlebih dulu.

2. Jangan sentuh atau alihkan hiasan

Selalunya pada musim perayaan kita sibuk menghias kediaman dengan pelbagai barang hiasan dan dekorasi termasuk latar dinding, di atas meja atau kabinet.

Jadi, bagi anda yang hadir sebagai tetamu digalakkan jangan sesekali menyentuh barang hiasan itu apatah lagi mengambil dan mengubah kedudukkan­nya.

Ia bagi mengelakka­n tuan rumah tidak senang dengan kehadiran anda, apatah lagi jika barang hiasan yang anda sentuh atau pegang itu pecah atau rosak.

3. Tidak menyepahka­n ruang tamu

Apabila tuan rumah menjemput anda untuk duduk di sofa ruang tamu sementara dia menyediaka­n hidangan di meja makan, jangan sesekali menyepahka­n ruang itu.

Jangan alihkan bantal-bantal kecil yang diletakkan di atas sofa dan pastikan sofa berada dalam keadaan baik, tidak berkedut atau bersepah ketika anda meninggalk­an ruang itu.

Sering terjadi ada tetamu yang menukar saluran rancangan televisyen dipasang tuan rumah.

Begitu juga, jangan capai alat kawalan jauh untuk menguatkan atau memperlaha­nkan nada suara televisyen. Ada banyak lagi tatatertib yang bakal saya kongsikan bersama pada minggu hadapan, jadi teruskan membaca!

 ??  ?? 1. GAMBAR hiasan pada dinding ini menarik dipandang tapi usah diusik.
2. ELAKKAN ruang tamu berselerak jika anda beredar ke ruang makan. 3. HIASAN dan tata hias tuan rumah usah diubah.
4. SUSUN atur bantal hiasan di sofa pastikan sentiasa kemas...
1. GAMBAR hiasan pada dinding ini menarik dipandang tapi usah diusik. 2. ELAKKAN ruang tamu berselerak jika anda beredar ke ruang makan. 3. HIASAN dan tata hias tuan rumah usah diubah. 4. SUSUN atur bantal hiasan di sofa pastikan sentiasa kemas...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia