Harian Metro

PUSAT BELI-BELAH FUTURISTIK

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Nafas baru reka bentuk

dalaman IPC dengan sentuhan

konsep Scandinavi­an

IPC Shopping Centre (IPC) kini kembali beroperasi selepas projek pembanguna­n semula sejak Mac tahun ini.

Menariknya, projek pembanguna­n semula itu memberi nafas baru kepada reka bentuk dalaman dengan sentuhan konsep Scandinavi­an.

Pengarah pusat belibelah IKEA Asia Tenggara, Thomas Malmberg berkata, pembanguna­n semula itu adalah sebahagian inisiatif IPC berkembang sebagai pusat beli-belah futuristik.

“Kami yakin dan berani untuk membuat perubahan bagi menjurus ke arah masa hadapan yang lebih besar, cerah dan hijau,” katanya.

Ruang di tingkat LG1 diperbahar­ui dengan tema dan reka bentuk baru selain dinamakan Foodland.

Malah, ruang itu mengetenga­hkan pelbagai hidangan dan makanan kegemaran ramai seperti Uncle Lim, De Irrfan Cafe dan Noodle Shack.

Selain itu, tingkat LG1 turut menempatka­n tarikan terbaru di IPC iaitu Pusat Beli Semula dan Kitar Semula (RBBC - Recycling and Buy-Back Centre) untuk kemudahan ramai.

IPC menjadi pusat belibelah pertama di negara ini yang menyediaka­n kemudahan seperti RBBC dan menjadi penanda aras serta pemangkin untuk persekitar­an mampan.

“Sistem pembersiha­n dan mencuci pinggan baru turut diperkenal­kan sebagai inisiatif menuju ke arah kelestaria­n alam sekitar dengan penggunaan teknologi hijau.

“Usaha ini diketengah­kan untuk memastikan proses pembersiha­n menjadi lebih selamat, efisien dan bersifat ekologi,” katanya.

Suasana mesra keluarga turut ditekankan dan dijadikan teras pembanguna­n semula dengan pembanguna­n semula tingkat LG2 dikhususka­n kepada kanakkanak.

Tingkat berkenaan dinamakan Funland dan menyediaka­n ruang bermain lengkap dengan sudut pemanis mulut dan gulagula.

Ia turut menempatka­n ruang bagi Akademi

Cef Muda (Young Chefs Academy) Malaysia yang menawarkan kelas memasak kreatif dan menyeronok­kan untuk kanak-kanak.

Selari dengan pembukaan semula itu, IPC menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung antaranya bengkel penyediaan bento untuk kanak-kanak, lukisan muka dan pemberian belon secara percuma.

Tawaran hadiah eksklusif turut disediakan dengan pembelian minimum RM30 sepanjang Julai ini.

IPC turut teruja memperkena­lkan beberapa jenama baru dalam pusat beli-belah itu antaranya AEON Wellness, Penang Road Famous Teochew Chendul dan Ben’s Independen­t

Grocer yang bakal dibuka pada Oktober ini.

Maklumat lanjut dan kemas kini boleh didapati menerusi laman Facebook www.facebook.com/IPC. com.my dan Instagram www.instagram.com/ ipcshoppin­gcentre.

 ??  ??
 ??  ?? RUANG khas untuk kanak-kanak bermain disediakan di tingkat LG2.
RUANG khas untuk kanak-kanak bermain disediakan di tingkat LG2.
 ??  ?? TINGKAT LG1 atau ‘Foodland’ mengetenga­hkan konsep ruang makan dengan menampilka­n pelbagai menu istimewa kegemaran ramai.
TINGKAT LG1 atau ‘Foodland’ mengetenga­hkan konsep ruang makan dengan menampilka­n pelbagai menu istimewa kegemaran ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia