Harian Metro

FESTIVAL SENI BINA TERULUNG

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Festival Seni Bina Kuala Lumpur 2017 (KLAF 2017) anjuran Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) membuka tirainya tahun ini menerusi majlis perasmian di Publika, Solaris Dutamas, baru-baru ini.

Berbeza dengan tahun sebelumnya, festival tahun ini mengetenga­hkan tema KUASA adalah/dan/kepada/ untuk SENI BINA.

KLAF 2017 yang diadakan di seluruh bandar raya

Kuala Lumpur bermula 4 Julai hingga 3 September ini menjangkak­an dihadiri lebih 3,000 peserta terdiri daripada arkitek, pereka, ahli ekonomi, agensi pembanguna­n, perancang dan ahli akademik.

Penaung Diraja KLAF 2017, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddi­n

Idris Shah merasmikan ferstival berkenaan sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM) Datuk

Mark Rozario, Presiden

PAM Ezumi Harzani dan Pengarah KLAF 2017 Ang Chee.

Tengku Zatashah menerusi ucapannya turut menekankan kepentinga­n platform seperti KLAF 2017 dalam mempromosi­kan kecemerlan­gan kreativiti dan reka bentuk yang secara tidak langsung meningkatk­an kualiti hidup rakyat.

“Rakyat khususnya golongan muda adalah pembawa perubahan memandangk­an golongan itu antara elemen penting dalam memastikan daya maju di mana-mana bandar,” katanya.

Majlis pelancaran itu turut mengetenga­hkan satu daripada pameran utama KLAF 2017 yang diberi nama Tapak Cadangan.

Pameran yang turut diadakan di Publika, Solaris Dutamas itu menampilka­n perjalanan seni bina kontempora­ri di Malaysia.

KLAF tahun ini turut menekankan kepentinga­n kreativiti dan inovasi dalam mewujudkan seni bina yang mampan.

Turut berucap dalam majlis pelancaran KLAF

2017, Ezumi berkata, festival terulung itu menjadi landasan bagi mempamerka­n kreativiti dan inovasi dalam seni bina.

“Kami cipta KLAF berperanan sebagai platform untuk menonjolka­n kreativiti dan inovasi dalam seni bina serta reka bentuk kerana kedua-dua unsur ini memainkan peranan penting dalam mencipta seni bina yang mampan.

“Seni bina baik membawa kepada bandar yang lebih baik,” katanya.

KLAF anjuran PAM adalah acara utama dalam kalendar seni bina Malaysia dan sudah mula diperkenal­kan sejak 2003 dengan nama persidanga­n Datum:KL.

Selain pameran, acara utama dalam KLAF 2017 adalah acara tahunan terkemuka di Asia Tenggara, Pameran Seni Bina, Hiasan Dalaman dan Bangunan Antarabang­sa Malaysia (ACHIDEX) yang bakal berlangsun­g pada 19 hingga 22 Julai ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Barisan rakan kongsi festival KLAF 2017 termasuk NS BlueScope Sdn Bhd, penaja platinum Akzo Nobel Paints (Malaysia) Sdn Bhd, Feruni Ceramiche Sdn Bhd dan Sika Kimia Sdn Bhd sementara rakan kongsi strategik adalah Think City dan Gamuda Land.

Festival tahun ini turut menampilka­n pakar tempatan dan antarabang­sa antaranya Anne Lacaton dan Jean Philippe Vassal dari Paris, Akihisa Hirata dari Tokyo, Ant narc a-Abril en bora Mesa dari Ensamble Studio Madrid, Project

Studio Boonserm Premthada dan kurator pakar seni bina Jepun, Kayoko Ota.

KLAF 2017 platform

pamer kreativiti dan inovasi dalam

reka bentuk

 ??  ?? BARISAN tetamu kehormat bergambar kenangan bersama Tengku Zatashah.
BARISAN tetamu kehormat bergambar kenangan bersama Tengku Zatashah.
 ??  ?? TENGKU Zatasha (tiga dari kanan) bersama tetamu kehormat merasmikan KLAF 2017.
TENGKU Zatasha (tiga dari kanan) bersama tetamu kehormat merasmikan KLAF 2017.
 ??  ?? MEMBUAT kunjungan pada pameran ‘Tapak Cadangan’ yang berlangsun­g di Publika, Solaris Dutamas.
MEMBUAT kunjungan pada pameran ‘Tapak Cadangan’ yang berlangsun­g di Publika, Solaris Dutamas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia