Harian Metro

‘BERUBAHLAH BRO!’

- NOOR AZAM AB AZIZ 03-20567083/7084

Tukar sikap negatif untuk kekal lama dengan pasangan

dan bertolak ansur. Oleh itu, ada sifat semula jadi lelaki yang perlu diubah bagi memastikan hubungan itu kekal lama.

1. Tak panas baran

Kalau diikutkan, semua orang boleh marah dengan tiba-tiba. Tapi bagi si gadis, lelaki perlu atasi sikap panas baran ini dengan sebaik mungkin.

Mereka lebih gemarkan lelaki yang matang dan boleh dibawa berbincang. Kalaupun ada kesalahan daripada dirinya, lebih baik diselesaik­an dengan cara elok daripada meninggi suara kepada si gadis.

2. Tidak merokok

Tanyalah sesiapa pun, asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Adakalanya lelaki akan menghabisk­an sekotak rokok dalam masa sehari. Bagi perempuan, itu adalah satu pembaziran.

Oleh itu, segelintir wanita inginkan pasangan yang tidak merokok ataupun berhenti segera merokok jika ingin terus bersama dengannya. Bukan apa, jika tidak merokok lebih menjimatka­n wang, lebih sihat dan tetap kelihatan ‘cool’!

3. Tetap beri perhatian

Sudah menjadi lumrah bagi lelaki yang suka bekerja, mereka menjadikan alasan sibuk atau tiada masa untuk melayan pasangan.

Bagi si gadis, lelaki yang sibuk macam mana pun kalau sudah menyayangi seseorang, pasti akan luangkan masa dengan pasangan. Sudah menjadi lumrah wanita ingin dimanjakan dan diberi perhatian walaupun sedikit.

4. Terlalu ego

Ego dan lelaki tak dapat dipisahkan. Ini masalah yang selalu merimaskan wanita. Adakalanya, mereka tidak mempedulik­an perasaan si gadis kerana terlalu menurut ego.

Sebab itu, perlu bertolak ansur dan berfikir sebelum bertindak pentingkan diri sendiri. Andai kata sedang serabut, ambil masa untuk tenangkan diri sendiri dan tidak terlalu meletakkan kesalahan itu kepada pasangan semata-mata.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia