Harian Metro

REKAAN tudung IDEAL

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Wanita sinonim dengan fesyen dan kecantikan. Tidak semestinya wanita yang bertudung labuh tidak boleh bergaya dengan fesyen yang sesuai dan berlandask­an syariat Islam.

Pemilihan fesyen yang tepat bukan saja mampu menyerlahk­an penampilan, malah menambah keyakinan si pemakai tidak kira ketika sibuk dengan tuntutan tugas harian atau sekadar ketika bersantai bersama yang tersayang.

Atas faktor itu, jenama fesyen tempatan, Sha Zaha tampil dengan koleksi tudung Khimar Qalb yang dihasilkan khusus untuk wanita bertudung labuh.

Menurut pengasasny­a, Nor Zaleha Hasan Basri berkata, koleksi itu direka untuk menjadikan gaya kelihatan lebih sederhana namun tetap tampil elegan dengan rekaan khimar ideal itu.

“Si pemakai akan merasakan gaya yang lebih feminin, mewah dan rasa vintaj namun tetap berlandask­an syariat ditetapkan.

“Selain itu, khimar ini mudah dipakai dan mudah digayakan kerana ia adalah khimar segera yang dihiasi kristal Swarovski asli,” katanya.

Menurut Nor Zaleha, aksesori tambahan iaitu batu mutiara dijahit kemas di bahagian belakang khimar yang menambahka­n lagi seri si pemakai.

“Koleksi ini didatangka­n dalam padanan pasangan iaitu buat ibu dan anak dengan tawaran harga menarik iaitu RM99 hingga RM129 untuk dewasa dan RM69 hingga RM79 untuk kanak-kanak.

“Kami turut menawarkan harga kombo iaitu RM169 hingga RM208 yang lebih menjimatka­n dan berbaloi,” katanya.

Nor Zaleha berkata, khimar itu dihasilkan menggunaka­n fabrik sifon berkualiti tinggi yang memberi keselesaan ketika dipakai.

“Terdapat dua saiz iaitu untuk wanita dewasa dan kanak-kanak yang didatangka­n dalam sembilan warna menarik.

“Koleksi ini boleh digayakan sedondon antara si ibu dan si anak selain terdapat set yang boleh dibeli dengan purdah. Ia juga dihasilkan dengan aksesori menarik iaitu penambahan kristal Swarovski dan mutiara,” katanya.

Katanya, sambutan diterima kini amat menggalakk­an terutama dari kalangan wanita yang mencari khimar unik, sedondon dan elegan.

“Koleksi ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah daripada suami buat si isteri dan anak tersayang kerana ia sesuai digayakan tanpa mengira masa,” katanya.

 ??  ?? ANGGUN bergaya dengan gaya Muslimah. DITAMBAH dengan kristal Swarovski dan mutiara. KHIMAR Qalb daripada Sha Zaha memberi gaya berbeza. MANIS menggayaka­n khimar labuh.
ANGGUN bergaya dengan gaya Muslimah. DITAMBAH dengan kristal Swarovski dan mutiara. KHIMAR Qalb daripada Sha Zaha memberi gaya berbeza. MANIS menggayaka­n khimar labuh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia