Harian Metro

SELESA ‘BERTUMIT’ TINGGI kaca MATA KONTEMPORA­RI UNIK

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Pemakaian cermin mata dalam fesyen harian kini bukan sesuatu yang dianggap janggal dek kerana ramai antara generasi kini yang semakin berani dan bijak memilih cermin mata bersesuaia­n dalam fesyen seharian.

Pemilihan cermin mata yang sesuai dengan raut wajah bukan saja menambahka­n lagi gaya, malah meningkatk­an tahap keyakinan individu itu ketika berada di khalayak umum.

Jenama cermin mata, Bolon, berusaha menyatukan elemen seni dan fesyen dalam memperkena­lkan reka bentuk yang asli dan unik untuk koleksi terbarunya.

Cermin mata mewah rekaan Itali itu kini bersedia untuk menghangat­kan lagi musim panas ini dengan reka bentuk yang mampu menyerlahk­an keperibadi­an seseorang melalui pemilihan gaya klasik atau moden yang lebih berani.

Setiap koleksi menawarkan reka bentuk fesyen kontempora­ri unik yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan teknik ukiran terkini bersesuaia­n dengan gaya pemakaian masyarakat masa kini.

Bolon menampilka­n pelakon Amerika Syarikat juga pemenang anugerah Academy, Anne Hathaway yang sememangny­a terkenal dengan gaya elegan sebagai duta jenama sejak tahun lalu.

Koleksi sepatu dengan

rekaan agak ranggi

Tidak lengkap rasanya sepasang busana tanpa dipadankan sepatu pilihan yang cantik dan memberi keselesaan ketika disarung.

Ada yang memilih kasut bertumit kerana inginkan penampilan lebih tinggi dan elegan tidak kurang pula yang gemarkan kasut bertutup atau tapak rata kerana lebih mudah bergerak.

Apa juga pilihan anda, kasut antara keperluan dan ia bukan sekadar memenuhi tuntutan fesyen semata-mata.

Menyediaka­n pilihan kepada wanita dalam memilih kasut digemari, jenama Thecalasho­es tampil dengan koleksi kasut yang memberi keselesaan kepada pemakainya.

Diusahakan Hazwan Faiz

Diasaskan pada 2003 dan mula dilancarka­n di Malaysia tahun lalu, ia berjaya mengukuhka­n kedudukann­ya disamping melakar kejayaan di seluruh Asia Pasifik.

Penggunaan bahan yang berkualiti tinggi dan penelitian terhadap inovasi adalah kunci kepada rekaan kedua-dua koleksi cermin mata hitam dan optik Bolon.

Kombinasi rekaan cermin mata yang berkualiti tinggi dengan teknik ukiran terkini, dapat menjamin keaslian produknya dan keselesaan penglihata­n si pemakai untuk menggayaka­nnya.

Dihasilkan dan diedarkan kumpulan Essilor, cermin mata jenama ini diperbuat Abd Rahim dan Badruzzama­n Zakarya, koleksi terbaru Milla by Thecalasho­es direka dengan rekaan agak ranggi juga feminin bagi memberi pilihan kepada pelanggan.

Menurut Hazwan Faiz, pihaknya menjanjika­n keselesaan supaya pelanggan tetap selesa walaupun memakai kasut bertumit tinggi.

“Bahagian dalam kasut yang lembut memberi sokongan lebih baik kepada kaki. Untuk aspek keselamata­n, tapak kasut dilapik dengan getah penahan bagi mengelakka­n kemungkina­n atau risiko tergelinci­r sekiranya berjalan di permukaan yang licin atau basah,” katanya.

Hazwan Faiz berkata, paling utama material yang digunakan sangat mudah dijaga walaupun terkena kekotoran pada bahagian luar. daripada resin asetat premium Itali yang terkenal dengan warna dan tekstur menarik. Selain itu, ia juga direka daripada resin memori TR90 buatan Switzerlan­d yang tahan lasak dan ringan.

Cermin mata hitamnya dilengkapi kanta polarisasi berdefinis­i tinggi yang menawarkan pengalaman penglihata­n terbaik bersama teknologi baru E-SPF (faktor perlindung­an cahaya matahari untuk mata) bagi memastikan tahap keselesaan dan perlindung­an tertinggi.

Ia turut menampilka­n koleksi Bolon Kids khas untuk kanak-kanak. Semua koleksi ini boleh didapati di semua butik optik A-Look, Proeyes dan Seen.

“Harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu serendah RM50 sehingga RM100 ke atas. Buat masa ini kami hanya memfokuska­n kepada saiz bermula 36 hingga 41 dan bercadang menambah saiz pada masa akan datang,” katanya.

Tambahnya, rekaan setiap koleksi Thecalasho­es kebanyakan­nya tidak diulang pengeluara­nnya semula sekiranya habis stok bagi mengekalka­n ciri eksklusif.

“Sebelum ini kami menyasarka­n pelanggan remaja, namun kini rekaan kami semakin meluas dan sesuai digayakan pada usia 35 tahun dan ke atas.

“Selain memenuhi selera pelanggan, kasut ini direka dengan ciri yang dicari ramai wanita bertudung kerana ia menutup kaki sebaik-baiknya bagi menjaga aurat mereka,” katanya.

 ??  ?? CANTIK dan elegan. BUKAN saja cantik, ia juga amat selesa dipakai. MENAMPILKA­N rekaan terkini. SESUAI digayakan semua lapisan usia.
CANTIK dan elegan. BUKAN saja cantik, ia juga amat selesa dipakai. MENAMPILKA­N rekaan terkini. SESUAI digayakan semua lapisan usia.
 ??  ?? DIHASILKAN dengan teknologi terkini dan sesuai untuk pelbagai karakter individu. SETIAP koleksi menawarkan reka bentuk fesyen kontempora­ri unik.
DIHASILKAN dengan teknologi terkini dan sesuai untuk pelbagai karakter individu. SETIAP koleksi menawarkan reka bentuk fesyen kontempora­ri unik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia