Harian Metro

LETAK AKSESORI, CORAK SENDIRI

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Pelanggan boleh menambah baik tudung,

selendang atau baju dibeli

Melangkah ke butik yang lengkap dengan semua koleksi busana memberikan kegembiraa­n berganda buat semua wanita terutama bagi pencinta fesyen.

Selain menjimatka­n masa kerana tidak perlu bersusah payah ke lokasi lain, konsep dibawakan itu juga memberi keselesaan kepada pelanggan bagi membolehka­n mereka membuat pilihan busana diingini dengan tepat.

Bagi butik Elyashazle­en yang terletak di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya, penyediaan semua jenis koleksi fesyen antaranya pelbagai jenis tudung, selendang, anak tudung, beraneka baju dan jubah itu menjadi antara cara menarik pelanggan khususnya mereka yang sibuk.

Menurut pemiliknya, Elya Shazleen Mohamed, semua koleksi fesyen yang ditawarkan di butiknya direka sendiri menggunaka­n fabrik berkualiti tinggi dengan warna menarik.

“Selain rekaan tersendiri, semua koleksi kami juga dihasilkan sendiri di kilang yang diusahakan ibu bapa saya bagi memastikan setiap koleksi kami berbeza dengan lambakan fesyen di pasaran.

“Syukur, sambutan yang diterima juga amat menggalakk­an dan ada pelanggan setia yang sanggup mengumpul semua koleksi selendang mahupun tudung kami,” katanya.

Menurut Elya Shazleen, kejayaan menghasilk­an tudung dua muka pertama di Malaysia pada 2014 dan berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia adalah antara kejayaan membanggak­an pihaknya.

“Dengan tawaran harga berpatutan, pelanggan boleh menambah baik tudung atau selendang juga baju yang dibeli di butik kami seperti meletakkan aksesori atau corak tersendiri.

“Antara koleksi kami yang mendapat sambutan menggalakk­an adalah rangkaian hijab segera (Hijab Laila dan Radya), anak tudung, tudung bawal premium, tudung bawal segera serta pelbagai jenis baju, kemeja dan jubah,” katanya.

Menurutnya, harga ditawarkan adalah serendah RM29 untuk tudung, RM50 untuk baju dan anak tudung pada harga RM12 saja.

“Dalam soal saiz pula, kami menawarkan saiz biasa untuk tudung yang boleh dilaraskan kelabuhann­ya mengikut kesesuaian dan kehendak pemakai serta yang paling utama boleh menutupi bahagian dada.

“Manakala bagi saiz baju, kami menawarkan pilihan saiz bermula S hingga XL mengikut kesesuaian rekaan dan kehendak pelanggan selain turut menyediaka­n lebih 250 warna menarik untuk semua koleksi,” katanya.

Katanya, koleksi Elyashazle­en sesuai untuk semua peringkat usia terutama bagi wanita bekerjaya yang sentiasa mementingk­an penampilan diri dan mahu tampil kemas bergaya dalam tempoh singkat.

 ??  ??
 ??  ?? CANTIK dan anggun dipakai.
CANTIK dan anggun dipakai.
 ??  ?? ANTARA koleksi busana Elyashazle­en. DIREKA khas untuk penampilan anggun
wanita.
ANTARA koleksi busana Elyashazle­en. DIREKA khas untuk penampilan anggun wanita.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia