Harian Metro

DESTINASI BURUNG HIJRAH

Sumber makanan banyak pada sepanjang tahun jadikan Wetland Putrajaya tumpuan unggas

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Lebih menarik dan unik, kita akan dapat memerhati burung dalam kuantiti yang banyak iaitu melebihi 1,000 ekor burung sepanjang masa”

Ahmad Zubir

Putrajaya

Sumber makanan yang pelbagai, banyak dan sentiasa ada untuk tempoh sepanjang tahun.

Itu faktor utama yang menjadikan Tasik dan Wetland Putrajaya (TWP) dijadikan habitat dan persinggah­an hampir 200 spesies burung termasuk 59 spesies daripadany­a adalah burung hijrah yang jarang ditemui.

Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland Perbadanan Putrajaya (PPj) Ahmad Zubir Sapian berkata, berdasarka­n pemantauan fauna di ekosistem akuatik tasik dan tanah lembap pada tahun lalu, sebanyak 138 spesies burung dan sejumlah 34 spesies burung hijrah singgah di Upper Bisa, Presint 16, di sini, antara Oktober dan Disember.

Beliau berkata, kepelbagai­an jenis burung itu boleh ditemui di kawasan tanah lembap seluas 200 hektar yang sebahagian besarnya terletak di Presint 13 (komponen pembanguna­n Taman Wetland) yang dinamakan sel wetland Upper West, Upper North, Upper East dan Lower East selain sel

wetland Upper Bisa dengan keluasan hanya 17 hektar di Presint 16.

“Spesies burung yang direkodkan juga adalah pelbagai jika dilihat dari aspek pemakanan termasuk jenis pemakan madu (bunga), serangga, buah-buahan, hidupan air dan haiwan kecil.

“Antara burung-burung yang ditemui di Upper Bisa,

Presint 16 termasuk 50 spesies burung dengan 12 spesies daripadany­a adalah burung air.

“Lebih menarik dan unik, kita akan dapat memerhati burung dalam kuantiti yang banyak iaitu melebihi 1,000 ekor burung sepanjang masa,” katanya.

Katanya, selain itu, enam spesies burung yang dilihat turut memilih untuk bersarang, membiak dan mendiami di kawasan ini secara tetap termasuk

Bangau Kelabu (Pucung Kelabu), Bangau Serandau (Bangau Unggu), Bangau Kerbau (Pucung Kerbau), Bangau Kecil (Pucung

Kecil), Pucung Kuak

(Pucung Malam) dan Upeh Sawah (Upeh Bercorak).

Ahmad Zubir berkata, meskipun umum mengetahui musim pembiakan utama burung adalah dari Jun hingga Disember, namun ratusan burung air boleh dilihat bersarang di tiga pulau buatan sepanjang tahun di

Upper Bisa.

Menurutnya, ini adalah disebabkan keadaan di kawasan itu sangat kondusif dan tenteram dari aspek keselamata­n serta ketersedia­an sumber makanan.

“Kami dapati tiga spesies burung yang membiak dalam jumlah yang besar di kawasan ini termasuk Bangau Kelabu, Bangau Serandau dan Pucung Kuak. Di antara ketiga-tiga spesies itu, Bangau Serandau mempunyai jumlah sarang paling banyak.

“Berbanding lain-lain kawasan tanah lembap di utara Putrajaya yang berfungsi untuk menyaring bahan cemar dari aliran Sungai Chuau, kawasan wetland Upper Bisa pula dibangunka­n untuk menapis aliran air dari Sungai Bisa,” katanya.

Selain itu, katanya, burung lain yang ditemui termasuk Ruak-ruak, Punai Gading, Tekukur, Merbok, Pekaka Dada Putih, Burung Kunyit Besar, Murai Kampung,

Murai Gila, Tiong Jambul dan Klicap Mayang Kelapa.

Manakala, pada Julai hingga Disember pula, boleh dijumpai burung-burung hijrah seperti Little

Cormorant, Javan Pond Heron, Brownshrik­e, Asian Brown Flycatcher dan Dollar-Bird.

“Ada juga spesies burung hijrah yang menjadikan pulau-pulau di Upper Bisa sebagai habitat dan terus mendiaminy­a.

“Spesies berkenaan termasuk Purple Heron (Ardea purpurea), Cattle Egret (Bubulcus ibis), Intermedia­te Egret (Mesophoyx Intermedia) dan Little Egret (Egretta garzetta),” katanya.

Kata beliau, pihaknya mendapati pulau di Upper Bisa memberikan jaminan dari aspek keselamata­n kepada burung jauh dari gangguan manusia dan bilangan pemangsa yang terkawal.

 ??  ?? TASIK Putrajaya juga menjadi tumpuan pemancing meluangkan masa bersama keluarga.
TASIK Putrajaya juga menjadi tumpuan pemancing meluangkan masa bersama keluarga.
 ??  ??
 ??  ?? KELIHATAN sekumpulan memerang kulit licin mencari makanan. AKSI burung Pucung Kuak yang terdapat di Taman Wetland Putrajaya.
KELIHATAN sekumpulan memerang kulit licin mencari makanan. AKSI burung Pucung Kuak yang terdapat di Taman Wetland Putrajaya.
 ??  ??
 ??  ?? RAMA-RAMA mewarnai Taman Wetland.
RAMA-RAMA mewarnai Taman Wetland.
 ??  ??
 ??  ?? Esok: Syurga lebih
1,000 spesies
Esok: Syurga lebih 1,000 spesies

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia