Harian Metro

SASAR RM1.8B

Mah Sing optimis capai unjuran berikutan tinggal 390 unit dalam projek Lakeville Residence

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) menyasarka­n jualan projek Lakeville Residence RM1.8 bilion, tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, syarikat kini pada landasan tepat untuk mencapai sasaran ditetapkan dengan jualan RM410 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac lalu.

“Sehingga kini, projek enam menara merangkumi 2,600 unit kediaman dan komersial di Jalan Kuching mencapai 85 peratus kadar pengambila­n.

“Kami mempunyai baki 390 unit saja lagi dan yakin mampu mencapai 100 peratus kadar pengambila­n tidak lama lagi didorong pelan pemasaran syarikat yang agresif,” katanya selepas majlis sambutan penutupan empat menara kediaman Lakeville Residence dan podium berkeluasa­n 3.11 ekar, di sini, baru-baru ini.

Lakeville Residence yang dibangunka­n di tanah seluas 12.38 ekar dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM1.5 bilion menawarkan unit kediaman dengan binaan 977 sehingga 1,365 kaki persegi manakala unit komersial bermula 4,651 kaki persegi.

Beliau berkata, pihaknya memastikan pembeli bakal mendapatka­n unit hartanah terbaik daripada aspek kualiti dan kemudahan jaringan.

Menurutnya, antara faktor utama kejayaan pembanguna­n Lakeville Residence adalah akses mudah ke Jalan Ipoh, Jalan Kepong, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), selain kemudahan pengangkut­an awam yang terletak 1.5km dari tapak berkenaan.

“Lakeville membuktika­n kedudukann­ya di lokasi strategik di samping kemudahan lain yang ditawarkan di ibu kota,” katanya.

Leong berkata, buat masa ini, kumpulan mempunyai saiz bank tanah berjumlah 2,183 ekar.

 ??  ?? LEONG (tengah) menyempurn­akan penutupan projek Lakeville Residence.
LEONG (tengah) menyempurn­akan penutupan projek Lakeville Residence.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia