Harian Metro

GAYA TETAMU STAILISTA

Stail ideal ke rumah terbuka demi keselesaan

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Pada penghujung Syawal, ramai mengambil kesempatan menganjurk­an rumah terbuka dan pasti ada antara anda yang pening memikirkan baju untuk dipakai ke rumah teman.

Jika sebuah rumah saja tidak mengapa tapi bagaimana sekiranya ada banyak undangan dalam sehari?

Mahu tidak mahu, anda perlu peka dengan apa yang dipakai dari atas ke bawah.

Bukan saja untuk nampak bergaya tetapi demi memastikan bersesuaia­n dengan anda yang masih remaja dan selesa sepanjang hari.

PERSALINAN KEMAS DAN SOPAN

Namun, paling penting adalah persalinan itu kemas dan sopan bagi menghormat­i tuan rumah dan tetamu yang lain.

Bagi jejaka, memadai dengan kemeja atau baju-T berkolar dengan seluar slack atau denim manakala baju kurung moden untuk si gadis

untuk ‘lebih selamat’.

Tidak salah jika anda ingin memakai kebaya namun lebih selesa sekiranya dipakai bersama padanan seluar bagi memudahkan pergerakan.

PILIH FABRIK SESUAI

Selepas memilih jenis persalinan, pastikan pula pakaian itu diperbuat daripada fabrik yang tidak panas contohnya kapas.

Ia penting bagi mengelak anda mudah berpeluh ketika beratur untuk mengambil makanan ataupun ketika berada di khemah tanpa penghawa dingin.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan rumah yang sesak kerana dikunjungi tetamu lain pada masa sama.

PAKAIAN MESTILAH PRAKTIKAL

Sia-sia jika pakaian anda cantik tetapi tidak praktikal dipakai ketika menghadiri majlis berkenaan.

Untuk itu, elakkan membuat kesilapan dengan memillih pakaian terlalu ketat, berpotonga­n meleret dan mempunyai lengan kembang.

Jika terlalu ketat, sukar untuk anda duduk bersila manakala potongan kain meleret dikhuatiri menyebabka­n kain dipijak tetamu lain.

Potongan kembang pada bahagian hujung lengan pula pastinya menimbulka­n masalah untuk anda ketika mengambil makanan dan lebih menakutkan jika ia kotor kerana terkena kuah atau sisa makanan.

KASUT SESUAI

Kasut tumit tidak terlalu tinggi atau rendah paling sesuai dipakai ketika menghadiri rumah terbuka.

Untuk keselesaan maksimum , gantikanny­a dengan ‘pump shoe’ namun jangan sesekali memakai selipar jepun ke rumah terbuka tidak kira untuk gadis mahupun jejaka.

Bukan apa, ada bezanya menghadiri majlis rumah terbuka

dan keluar bersantai.

BEG TANGAN DAN BIMBIT

Bawa beg bersaiz sederhana yang boleh memuatkan barangan peribadi penting seperti beg duit, telefon bimbit dan kunci kereta.

Untuk jejaka, anda boleh memilih beg bimbit atau ‘clutch’ yang lebih praktikal manakala si gadis pula dengan mini ‘tote bag’ atau bertali sesuai untuk bergerak.

Elakkan beg bersaiz besar ke rumah terbuka walaupun ia boleh memuatkan pelbagai barangan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SANDAL yang sesuai untuk aktiviti santai.
SANDAL yang sesuai untuk aktiviti santai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia