Harian Metro

WIRA TUBUH SEBELAH

> Hanya sebelah tangan, kaki dan matanya yang berfungsi. Namun kudrat sebelah tubuh itulah yang digunakan Rafi (bukan nama sebenar), 23, untuk mencari rezeki bagi menyara bapa dan enam adik-beradiknya. Malah pemuda OKU itu sanggup berhenti belajar di sebu

- lapor Yusmizal Dolah Aling

Dia hanya bergantung kepada tangan dan kaki kiri untuk bergerak serta mata kanan untuk melihat, namun kudrat sebelah badan itulah yang digunakan untuk menunaikan tanggungja­wabnya mencari rezeki bagi bapa dan enam adiknya.

Malah, pemuda orang kurang upaya (OKU) berusia 23 tahun ini sanggup mengenepik­an masa depannya apabila terpaksa berhenti belajar separuh jalan di sebuah institusi pengajian tinggi semata-mata untuk membantu menyara keluargany­a, termasuk memastikan adiknya tidak tercicir dalam pelajaran.

Biarpun sedar dirinya mempunyai kekurangan, dia yang dikenali sebagai Rafi tidak mahu melihat bapanya yang bekerja sebagai pemandu teksi sering mengalami masalah kewangan.

Dia yang bekerja sebagai pembantu di sebuah restoran makanan segera sejak tiga tahun lalu rela menyerahka­n separuh daripada gaji bulanannya bagi membiayai perbelanja­an keluarga, termasuk duit belanja adiknya ke sekolah.

Menurut Rafi, dia memikul tanggungja­wab dengan rela hati apatah lagi ketika ini bapanya bersendiri­an menguruska­n keluarga selepas berpisah dengan ibu beberapa tahun lalu menyebabka­n dia terpanggil untuk membantu.

“Saya tahu saya OKU, tapi sebagai anak saya kena bantu ayah. Dalam keadaan sekarang, saya tahu ayah tengah susah dan adik perlukan duit belanja, jadi apa salahnya saya berkorban,” katanya kepada Harian Metro.

Dia menerima gaji RM1,000 sebulan tidak termasuk kerja lebih masa dan dengan wang itu dia membantu keluargany­a.

Daripada jumlah itu, Rafi memperuntu­kkan separuh pendapatan­nya yang dianggap sebagai satu-satunya ikhtiar untuk membela masa depan adiknya bersekolah.

“Sekarang teksi ayah pula kena tarik, sudah tentu saya perlu bersama-sama dalam keadaan sekarang. Tak apalah saya penat sikit, tetapi itu saja yang saya mampu. Saya harap adik belajar baik-baik, jangan jadi macam saya,” katanya yang disahkan sebagai OKU fizikal sejak kecil.

Menurut Rafi, pergerakan­nya terbatas kerana tangan dan kaki kanannya tidak berfungsi manakala mata kirinya menghadapi masalah penglihata­n.

Di tempat kerja, dia hanya melakukan kerja-kerja pembersiha­n kerana tidak mampu melakukan kerja berat, namun bersyukur semua rakan membantuny­a.

Katanya, dia langsung tidak menyesal berhenti belajar dan menganggap­nya bukan rezeki, apatah lagi adiknya lebih memerlukan perhatian.

 ??  ??
 ??  ?? RAFI menunjukka­n kad OKU yang dimilikiny­a.
RAFI menunjukka­n kad OKU yang dimilikiny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia