Harian Metro

TERBAYANG SEKSA DIBAKAR

- Fuad Hadinata Yaacob dan Siti Nor Amirah Abu Bakar am@hmetro.com.my

“Sebelum pulang ke Rawang Isnin lalu, lima kali Along (Azamasero Ahmad Yusup) salam dan cium tangan saya. Malah dia turut berpesan minta saya kuatkan semangat serta teruskan hidup jika dia tiada nanti,” kata Azizah Ismail, 42.

Dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin, Azamasero, 21, ditemui melecur teruk di dalam longkang selepas susur keluar Plaza Tol Bukit Raja menghala ke Klang sebelum meninggal dunia petang hari sama.

Azizah berkata, dia pelik dengan tindakan dan kata-kata anak sulung daripada enam beradik itu namun tidak mengambil peduli sehinggala­h polis memaklumka­n kejadian berkenaan.

Dia yang masih trauma dan terkejut dengan kejadian itu berkata, sukar untuk dirinya membayangk­an keadaan arwah ketika dia diperlakuk­an sedemikian.

“Along dikatakan melecur kira-kira 90 peratus dan saya tak dapat gambarkan bagaimana arwah menjerit ketika diseksa.

“Hati ibu mana yang tidak luluh melihat keadaan anak yang lebam dan terbakar seperti ini .... saya tidak akan memaafkan individu yang melakukan perbuatan keji ini terhadap along,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) semalam.

Mangsa sebelum ini dibawa ke HTAR untuk mendapatka­n rawatan selepas melecur hampir 90 peratus pada keseluruha­n badannya sebelum meninggal dunia kira-kira jam 3 petang hari sama.

Bagaimanap­un berdasarka­n MyKad ditemui pada mangsa, polis menjejaki rumah yang beralamat di Rawang namun rumah itu tiada penghuni.

Dalam pada itu Azizah berkata, Along pernah menyatakan hajat mahu membelikan kerusi roda baru buatnya namun tidak kesampaian selepas anaknya itu pergi buat selama-lamanya.

“Saya sedih kerana dia berhajat mahu beli kerusi roda baru buat saya selepas kaki kiri saya dipotong akibat kencing manis beberapa tahun lalu.

“Along anak yang baik, sukar untuk dia bermusuh dengan orang, malah dia jugalah yang banyak menyara keluarga kami. Kenapa orang buat Along begini,” raungnya.

Menurutnya, video Along mencium kepalanya ketika hari raya baru-baru ini menjadi pengubat rindunya ketika ini.

“Semoga Allah SWT memberi ganjaran terbaik buatnya dan saya minta individu yang melakukan perbuatan ini menerima hukuman setimpal,” katanya.

Jenazah Azamasero dikebumika­n selepas solat

Asar di tanah perkuburan

Islam Kampung Pandamar semalam.

Lebih 50 orang hadir pada upacara berkenaan membabitka­n ahli keluarga, saudara-mara serta sahabat handai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah

Shah Alam Asisten

Komisioner Shafien

Mamat berkata, se-

makan polis mendapati mangsa pernah disaman dan polis menjejaki rumah keluarga mangsa di Kampung Pandamar, Klang pagi semalam, berdasarka­n alamat itu.

“Sejurus keluarga mangsa tampil, bedah siasat dijalankan dan hasilnya mendapati punca kematian mangsa disebabkan api.

“Tiada kecederaan fizikal dikesan dan setakat ini kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut (SDR) namun polis akan menjalanka­n siasatan dari pelbagai sudut termasuk memanggil rakan-rakan dan majikannya kerana mangsa difahamkan bekerja menjual lemang,” katanya.

Beliau berkata, mangsa tidak disamun kerana ketika orang awam menemuinya, dompet berisi wang tunai RM50 dan RM20 ada di dalamnya bersama dokumen lain termasuk MyKad.

Justeru itu katanya, satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes berkenaan.

 ??  ?? JENAZAH Azamasero dibawa ke tanah perkuburan Islam Kampung Pandamar untuk dikebumika­n.
JENAZAH Azamasero dibawa ke tanah perkuburan Islam Kampung Pandamar untuk dikebumika­n.
 ??  ??
 ??  ?? AZIZIAH yang gagal mengawal perasaan kepiluan. KEADAAN sedih ahli keluarga selepas melihat jasad mangsa.
AZIZIAH yang gagal mengawal perasaan kepiluan. KEADAAN sedih ahli keluarga selepas melihat jasad mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia